Thursday, November 12, 2009

Kisah cinta menyayat hati di 8TV


ANTARA babak memilukan daripada drama bersiri Roseate-Love.


ROSEATE-LOVEmerupakan sebuah drama bersiri yang mendapat sambutan hangat di Taiwan. Kini drama ini mula menemui penonton-penonton di Malaysia menerusi saluran 8TV.

Drama bersiri 23 episod ini menampilkan penyanyi dan pelakon popular Taiwan Rachel Liang (Wang Xiao Zi) memegang watak utama di samping pelakon dan model yang digilai ramai wanita Tender Huang (Ning Zi Da).

Drama ini membawa anda menyelami perjalanan hidup Xiao Zi yang baru kematian teman lelaki. Perjalanan hidupnya penuh dengan liku namun beliau tetap fokus dan sentiasa positif demi mengejar cita-citanya untuk menjadi penyanyi terkenal.

Cerita bermula dengan kisah Lin Nuo yang merupakan penyanyi di sebuah pub. Walaupun tidak pernah menerima apa-apa penghargaan, peminat nombor satu beliau Xiao Zi tetap berada di belakang beliau untuk memberikan sokongan. Xiao Zi sering membuat bunga ros kertas khas untuk Lin Nuo.

Namun malang tidak berbau, Lin Nuo menemui ajal dalam kemalangan dan Xiao Zi yang kehilangan kekasih hati mengambil keputusan untuk mengambil alih tempat Lin Nuo demi meneruskan cita-cita kekasih hatinya. Xiao Zi memotong rambut dan cuba menjadi Lin Nuo dengan menyanyi di pentas yang sama.

Ning Zi Da merupakan seorang sahabat yang baik dan berharap Xiao Zi kembali menjadi diri sendiri dan kembali ceria. Beliau sentiasa berada di sisi Xiao Zi untuk membantu beliau meneruskan cita-cita kekasih hatinya.

Xiao Zi berjaya menyentuh hati orang ramai dengan muzik dan nyanyiannya dan beliau juga mempunyai peminat misteri yang sering menghantar bunga ros ungu. Namun Xiao Zi tidak mengetahui bahawa Ning Zi Da merupakan peminat misteri itu.

Adakah Xiao Zi berjaya mencari peminat misteri beliau? Berjayakah Xiao Zi melupakan Lin Nuo dan mula menjalani hidup sebagai diri sendiri? Apakah kesudahan hubungan Ning Zi Dad dan Xiao Zi?

Untuk mengetahui kesudahan kisah cinta romantik ini, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama 'Roseate-Love' setiap Sabtu dan Ahad pukul 4.00 petang.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda!

Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang www.8tv.com.my

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: