Friday, November 6, 2009

Kim Kardashian ditumbuk ketika beramal!

SOSIALIT Kim Kardashian ditumbuk pada wajahnya pada malam Selasa semata-mata kerana beramal.

Bintang realiti televisyen itu "bertinju" dengan seorang peminat wanita di Commerce Casino, California untuk tujuan amal.

Sebelum perlawanan tinju itu, Kardashian mengaku dalam Twitter bahawa dia sangat takut.

Bapa tirinya, Bruce Jenner dan adiknya Robert turut bertinju untuk tujuan kebajikan.

Ketiga-tiga mereka kalah dalam perlawanan masing-masing.

Kardashian melaporkan matanya bengkak akibat ditumbuk dan adiknya memerlukan rawatan perubatan ekoran konkusi.

Dalam blognya pada pagi Rabu lalu, Kardashian menulis, "Kami hanya mempunyai tiga hari untuk berlatih bertinju. Kami langsung tidak menjangkakan apa yang akan berlaku.

"Saya tahu saya perlu melakukannya (bertinju) untuk kebajikan. Tetapi tidak saya sangka dia akan menumbuk saya!

"Rob beransur-ansur pulih dan bengkak mata saya akan turut beransur-ansur baik... harap-harap."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: