Friday, November 6, 2009

Russell Brand sanggup potong rambutnya yang panjang demi kerjaya

Russell Brand merupakan hos rancangan The MTV Music Video Awards pada 13 September 2009 di New York.

RUSSELL Brand berkata dia bersedia untuk memotong rambutnya yang panjang demi kepentingan kerjayanya di Hollywood.

Bintang berusia 34 tahun itu sedar imejnya yang berambut kasar dan berjumbai-jumbai itu hanya membataskan peluang lakonannya pada masa depan.

Oleh itu, Brand menafikan dia dipaksa untuk memotong rambut bagi membawa watak dalam filem 'Arthur' arahan Dudley Moore.

"Saya tidak boleh selalu berlakon dengan imej berambut panjang kerana peluang kerjaya saya akan terbatas," media memetik Brand sebagai berkata.

Russell Brand beraksi dalam konsert 'The Live Earth' di stadium Wembley, London pada 7 Julai 2007.

Brand memegang watak Flash Harry dalam komedi romantis 'Forgetting Sarah Marshall'.

Brand bagaimanapun perlu mengubah penampilannya sekiranya dia ingin memenuhi impiannya untuk memegang watak Napolean Bonaparte.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: