Friday, November 6, 2009

Shilpa-Raj akan berkahwin pada 22 November

TARIKH perkahwinan diantara aktres Bollywood Shilpa Sheety dan Raj Kundra telah pun tetapkan dan mereka akan melangsungkan perkahwinan mereka di banglow kawan pelakon itu, Kiran Bawa Khandala.

Upacara perkahwinan mereka akan diadakan mengikut adat orang Punjabi manakala Raj akan tiba di lokasi tersebut dengan menaiki rata.

Raj merupakan seorang jutawan India yang kini menetap di London.

Resepsi perkahwinan itu akan diadakan dalam sebuah hotel di Mumbai pada 24 November ini.

Baju pengantin yang Shipa direka oleh Tarun Tahiliani dan rumah kawannya itu sedang dihiasi.

Soalnya sekarang, adakah perkahwinan itu akan berlangsung tanpa adik Shilpa, Shamita disisi.

Shamita mungkin tidak akan menghadiri perkahwinan kakaknya kerana kerana dia sibuk dengan rancangan realiti televisyen United Kingdom, Bigg Boss.

Adik Shilpa adalah peserta rancangan tersebut yang dimana peserta-pesertanya tidak dibenarkan berhubung dengan dunia luar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: