LONDON - Seorang gadis yang dibelasah dengan gelas minuman di sebuah kelab malam berjaya mengesan penyerangnya semasa dia melayari laman web jaringan sosial Facebook selama dua hari, menurut sebuah akhbar semalam.
Remaja itu, Jennifer Wilson, 20, berkata, dia melayari Facebook untuk mencari maklumat mengenai penyerangnya yang merupakan seorang wanita setelah pihak polis gagal mengesannya.
"Saya melakukan kerja- kerja detektif," katanya.
Jennifer yang bekerja sebagai penyambut tetamu sebuah salun kecantikan mengalami kecederaan serius pada bahagian muka akibat diserang oleh Ashleigh Holli- man, 22, dengan tiba-tiba selepas merenungnya di sebuah kelab malam di sini pada 21 Mac lalu.
Pegawai-pegawai polis yang menyiasat kejadian tersebut mendakwa, imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kelab malam itu kabur manakala bukti di lantai tarian sudah dibersihkan oleh petugas kelab.
Holliman melarikan diri tetapi Jennifer terbaring di lantai tarian dengan mukanya berdarah kerana terkena kaca gelas minuman di bahagian bawah mata kirinya.
Namun, Jennifer mengecam seorang lelaki yang bersama Holliman yang dikenali- nya di Facebook.
Dia kemudian menyaring 200 profil di laman Facebook dan menemui alamat wanita yang menyerangnya lalu terus memaklumkannya kepada pihak polis.
Berikutan serangan itu, Jennifer terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Watford.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: