TINDAKAN ganas penyokong Kelantan yang kerap melakukan hura- hara ketika perlawanan bola sepak berlangsung menjadikan mereka dilabel sebagai penonton ganas.
Sememangnya sukar diterima, namun ia hakikat yang perlu diterima termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sendiri yang pada awalnya tidak menyenangi gelaran itu diberikan kepada mereka.
Segala insiden yang terjadi turut memeningkan Kafa sehingga sukar untuk mencari jalan mengatasinya.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana, memang Kelantan selalu orang cop sebagai penonton yang ganas, tak tahu macam mana nak mengatasi masalah ini.
"Kalau 10 orang, senang nak kawal, ini lebih daripada 50,000 penyo- kong yang datang ke stadium," kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kafa, Azman Ibrahim kepada Kosmo! semalam.
Sambil kecewa dengan kejadian tersebut, Azman menyifatkan ia adalah lumrah bola sepak dan bukan sahaja membabitkan Kelantan.
Kafa menyerahkan kepada Persa- tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan siasatan terhadap insiden yang berlaku, seterusnya bersedia menerima sebarang bentuk tindakan yang bakal dikenakan.
Bagaimanapun katanya, Kafa merasa terharu dengan sokongan padu yang diberikan oleh penonton sehingga menguasai hampir 85 peratus kapasiti Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan harapan untuk melihat pasukan Kijang menjulang piala.
Beliau mengharapkan penyokong Kelantan tidak menyimpan dendam terhadap pasukan tersebut kerana kejayaan menjadi naib juara Piala Malaysia adalah suatu pencapaian yang membanggakan.
Kata Azman, pada mulanya tiada siapa yang menyangka pasukan tersebut akan melangkah jauh sehingga berjaya beraksi di pentas akhir dan peminat bola sepak tempatan seharusnya meletakkan penilaian pada sudut tersebut.
"Musim ini kita beraksi dalam dua perlawanan akhir, Piala FA dan Piala Malaysia, ini pencapaian yang tinggi selepas menunggu hampir 39 tahun," ujarnya.
Mengenai perlawanan akhir itu, Azman menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukannya apabila kesemua pemain dilihat tidak beraksi pada tahap sebenar sehingga banyak melakukan kesilapan.
Menurutnya, pada separuh masa kedua, pemain-pemain telah dimaklumkan mengenai perubahan takti- kal, namun gol awal pada minit pertama ketika itu membunuh semangat pemain seterusnya masing-masing gagal mengawal permainan ekoran tekanan yang tinggi.
"Memang malam itu bukan malam Kelantan, pemain tertekan pada awal perlawanan, masing-masing terkejut tengok penonton terlalu ramai. Jadi mereka tidak beraksi pada tahap sebenar," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: