Monday, November 2, 2009

Beli baju, kasut di 'koop' sekolah




SHAH ALAM - Bermula tahun depan, ibu bapa mungkin tidak perlu lagi bersusah payah membeli kelengkapan dan peralatan sekolah anak-anak di luar kerana semua keperluan itu boleh didapati di setiap kedai koperasi sekolah dan dijual pada harga borong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, operasi koperasi sekolah yang sebelum ini lebih kepada jualan alat tulis akan dirancakkan dengan aktiviti perniagaan kelengkapan sekolah termasuk pakaian, kasut dan beg.

Sebagai persediaan, menurutnya, kementerian telah memulakan perniagaan sedemikian di empat buah negeri iaitu Selangor, Melaka, Pahang serta Negeri Sembilan dan ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain bermula tahun depan.

"Jika kita lihat di luar bandar, ibu bapa terpaksa ke bandar untuk beli kelengkapan sekolah dan sekiranya ada koperasi di sekolah yang menjual pakaian, kasut dan beg sekolah, ia akan memudahkan urusan pembelian," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: