Sunday, November 15, 2009

Duet Joanna, Aliff


JOANNA (kiri) akan merakamkan duet bersama Aliff Aziz.


SAMA-SAMA comel dan bersuara sedap. Diva rasa sesuai sangat Aliff Aziz dan Joanna daripada kumpulan indie, Joanna and Co berduet dalam sebuah lagu untuk album Aliff.

Diva dengar cerita, duet ini dicetuskan oleh syarikat rakaman Aliff, Sony Music. Kemudian mereka pun tidak menolak kerana ia memang idea yang menarik.

Diva sudah terbayang satu gabungan yang akan menambat hati peminat remaja dan cilik kerana bagi Diva mereka mempunyai suara yang cute.

Menurut sumber Diva, tajuk lagu yang dibuat oleh Panji itu berjudul Kalau Cinta. Aliff dan Joanna akan mula membuat rakaman lagu duet tersebut minggu hadapan.

Aliff sebelum ini popular dengan lagu Sayang Sayang manakala Joanna dan kumpulannya semakin meningkat naik dengan lagu Pelangi.

Kita tunggu apa hasilnya nanti. Pasti manis, semanis orangnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: