Sunday, November 15, 2009

Penduduk bantah tarian bogel dalam trak


SEORANG petugas kelab Deja Vu Showgirls membuat persembahan tarian tiang di dalam sebuah trak di Las Vegas baru-baru ini.


PERSEMBAHAN tarian bogel secara terbuka di dalam trak dianggap keterlaluan walaupun di kota Las Vegas yang terkenal sebagai pusat perjudian dan hiburan dewasa utama di Amerika Syarikat (AS).

Akur dengan bantahan orang awam, kelab bogel Deja Vu Showgirls di Las Vegas bersetuju menghentikan persembahan itu yang diadakan bagi mempromosi premis berkenaan.

"Kami akan menjadi rakyat yang baik dan menghentikan iklan kontroversi itu," kata pengarah pemasaran, Larry Beard.

Sebelum ini, trak berdinding kaca yang menampilkan beberapa wanita berbikini melakukan tarian erotik itu bergerak di sekitar Las Vegas bagi menarik pelanggan.

"Perniagaan kami amat lumayan sejak menggunakan taktik pengiklanan tersebut. Kenderaan berderet-deret mengikuti trak itu untuk pergi ke kelab kami," tambah Beard.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: