Friday, November 20, 2009

Derita kerana mahu jadi lelaki


KETUA Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong bertanya sesuatu kepada Yew yang menghadapi masalah kesihatan selepas menjalani pembedahan payudara di Johor Bahru April lalu.


KUALA LUMPUR - Ketika ramai wanita mengimpikan payudara yang besar untuk kelihatan seksi dan cantik, ada juga wanita lain yang bersusah payah mahu melenyapkan aset yang dianugerahkan kepada tubuh mereka itu.

Bagaikan terdesak mahu mengubah penampilan jantina, seorang wanita sanggup melakukan pembedahan kosmetik membuang payudaranya dengan kos RM19,000.

Bagaimanapun, akibat pembedahan itu, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Yew tidak menduga dia akan menanggung derita berterusan di bahagian dada manakala kedua-dua belah tangannya pula tidak dapat diangkat.

Lebih malang, akibat pembedahan itu mangsa kemudian terpaksa sekali lagi berhabis wang sebanyak RM8,000 untuk mendapatkan rundingan pakar kosmetik lain di Singapura akibat kesakitan pada dada dan kedua-dua belah tangannya.

Bercerita mengenai kisahnya, Yew, seorang tauke kedai perabot di Klang, memberitahu, segalanya bermula selepas dia mengunjungi sebuah pusat kecantikan di Subang Jaya April lalu.

"Seorang perunding wanita di pusat itu memberitahu saya bahawa kos membuang payudara hanya RM12,000 dan saya perlu membayar lebih jika memilih mendapatkan doktor yang terbaik.

"Saya yang teruja terus bersetuju kerana mahu kelihatan seperti seorang lelaki," katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam Wisma MCA di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: