Friday, November 20, 2009

'Bertindak terhadap penyeleweng'

KUALA LUMPUR - Ketua Setiausaha (KSU) kementerian, ketua jabatan atau ketua eksekutif diminta mengambil tinda- kan segera terhadap pegawai di kemente- rian, jabatan, agensi atau syarikat mereka yang terlibat dengan kes-kes penyalahgu- naan kuasa, penyelewengan dan pembazi- ran wang awam sebagaimana yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2008.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, Pasukan Petu- gas Mengkaji Laporan Ketua Audit Negara bagi Tahun 2008 yang dipengerusi- kannya bersetuju supaya Ketua Audit Negara menulis kepada ketua setiausaha, ketua jabatan dan ketua eksekutif yang terlibat supaya segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Menurut beliau, tindakan itu adalah untuk membuat siasatan lanjut terhadap kes-kes penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang awam yang telah dikenal pasti dan seterusya mengambil tindakan setimpal terhadap mereka yang terlibat sama ada tindakan disiplin mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) atau pun mengesyorkan surcaj di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957.

"Sekiranya terbukti ia melibatkan kes jenayah, laporan hendaklah dibuat kepada polis (PDRM) atau Suruhanjaya Pencega- han Rasuah Malaysia (SPRM),'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: