
SHAH ALAM - De Palma Hotel Shah Alam (De Palma Hotel) yang terletak di Seksyen 19 di sini bakal memiliki sebuah dewan utama terbarunya yang dijangka mula beroperasi pada awal Disember ini.
Pengurus Besar Kumpulan De Palma Hotel, Datuk Mohd. Ilyas Zainol Abidin berkata, dewan itu merupakan dewan terbesar di bandar ini dan ia dibangunkan ekoran peningkatan permintaan sejak dua tahun kebelakangan ini.
"Memang terdapat permintaan yang tinggi berhubung kemudahan dewan yang bersaiz besar di sini sejak dua tahun lalu, namun segala permintaan pelanggan sebelum ini terpaksa ditolak kerana kami tiada kemudahan itu.
"Sehubungan itu, kami menjalankan kajian pasaran sebelum membangunkan sebuah dewan yang mampu menampung kapasiti maksimum sehingga 1,200 orang bagi sesuatu acara atau majlis,'' katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Turut hadir pada sesi temu bual itu ialah Pengurus Residen Hotel De Palma, Hanidah Shahril dan Pengurus Operasinya, Shamsul Jaafar.
Mengulas lanjut, Mohd. Ilyas berkata, dengan dewan baru itu, penduduk sekitar Shah Alam sehingga Pelabuhan Klang tidak lagi perlu ke Petaling Jaya untuk mendapatkan dewan berskala besar bagi menganjurkan majlis termasuk majlis perkahwinan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: