Monday, November 2, 2009

Guna sistem 'kondominium'


KETAM nipah mendapat permintaan tinggi khususnya daripada
golongan elit di hotel-hotel terkemuka.


KANGAR - Industri ternakan ketam nipah melalui sistem 'kondominium' akan diperkenalkan di Perlis tidak lama lagi bagi memperluaskan kegiatan akuakultur di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis Sabry Ahmad berkata, melalui sistem tersebut ketam nipah yang biasanya diternak di dalam kolam akan diternak dalam laci khas bertingkat ala sebuah kondominium.

Menurutnya, Perlis akan menjadi negeri pertama melaksanakan projek ternakan itu secara meluas melalui kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) dan sebuah syarikat Al Taqif Aqua and Trading (Al Taqif).

Kata beliau, modal asas bagi ternakan ketam nipah itu ialah RM10,000 termasuk set kondominium yang mempunyai 252 laci ternakan dan setiap penternak boleh mendapat pulangan antara RM700 dan RM800 sebulan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: