Monday, November 2, 2009

Penternak rugi ikan keli mati


KANAGARAJAH menunjukkan salah satu kanvas ternakan ikan keli yang didakwa dipotong di Batu 17, Jalan Gambang, Kuantan.


KUANTAN - Angkara khianat, seorang penternak terpaksa berputih mata apabila 25,000 ekor ikan keli miliknya bernilai lebih RM20,000 mati apabila 11 buah kolam kanvas rosak akibat dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab di Batu 17, Jalan Gambang di sini Jumaat lalu.

V. Kanagarajah, 25, ketika ditemui berkata, dia menyedari kejadian itu ketika hendak memberi makan ikan pada pukul 8.30 pagi.


IKAN keli yang mati apabila kolam kanvas dipotong dengan sengaja di Batu 17, Jalan Gambang, Kuantan.


"Saya terkejut melihat kebanyakan kolam kanvas kosong dan hanya tinggal beberapa ekor ikan di dalamnya," katanya.

Apabila diperiksa, Kanagarajah yang memulakan ternakan sejak bulan Julai lalu berkata, ribuan ikan keli telah terlepas dari kolam melalui lubang besar di kanvas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: