RIO DE JANEIRO - Sembilan daripada 27 negeri di Brazil dan sebahagian besar Paraguay bergelap malam kelmarin selepas bekalan elektrik terputus.
Menteri Tenaga dan Perlombongan Brazil, Edison Lobao berkata, bekalan elektrik itu terputus kerana empangan Itaipu di sempadan Paraguay berhenti mengeluarkan 17,000 megawatt.
Menurutnya, ribut kuat yang menyebabkan sejumlah pokok tumbang dekat empangan Itaipu mungkin punca kejadian itu berlaku.
Sebanyak 190 juta penduduk terputus bekalan elektrik lebih dua jam di Brazil.
Menurut akhbar ABC Color, punca bekalan elektrik terputus di Paraguay selama 20 minit disebabkan oleh litar pintas di sebuah stesen elektrik dekat Sao Paulo, Brazil yang membekalkan elektrik ke negara itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: