OTTAWA - Seorang remaja Kanada yang berumur 17 tahun, Jupi Nakoolak diselamatkan oleh anggota-anggota tentera selepas dia terperangkap di atas lapisan ais batu terapung di Teluk Hudson, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, dia terpaksa menembak mati seekor ibu beruang kutub yang berada bersama dua anaknya di atas ais batu terapung itu atas alasan mahu menyelamatkan diri.
Dua anak beruang kutub itu berlegar-legar di sekitar bangkai ibunya yang mati manakala Nakoolak berusaha menjauhkan diri daripada kedua-dua haiwan tersebut.
Remaja itu terperangkap di atas ais batu hanyut pada Ahad lalu di Laut Artik semasa mengikuti bapa saudaranya memburu.
Satu operasi menyelamatkan dilakukan oleh pasukan tentera selepas kehilangan mereka dilaporkan.
Nakoolak diselamatkan oleh anggota-anggota tentera pada Isnin lepas selepas dia dihanyutkan sejauh 48.28 kilometer dari daratan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: