|
|
Dipulaukan oleh peminat selepas didapati bersalah mencederakan bekas kekasihnya, Rihanna, Chris Brown percaya ramai wanita masih berada di sisinya jika dia sudah bersedia untuk bercinta semula.
Dia yang memukul Rihanna pada Februari lalu memberitahu bahawa dia tidak akan mempunyai masalah mencari teman wanita baru pada bila-bila masa. "Saya tidak kisah sangat pasal percintaan. Maksud saya, saya ialah Chris Brown.
"Bukannya saya sombong tapi saya percaya di luar sana ramai wanita yang sedang menanti. Tapi buat masa ini saya masih belum cuba bercinta. Apa yang penting sekarang adalah karier saya," kata Chris.
Penyanyi muda itu kini perlu berada berjauhan daripada Rihanna, sekurang-kurangnya 91 meter, selama lima tahun kerana perbuatannya itu. Pada September lalu, dia memulakan kerja komuniti untuk 180 hari, menghadiri kaunseling keganasan domestik untuk 12 bulan dan berada di bawah pengawasan selama lima tahun.
Chris, 20, menegaskan dia menyesal dengan serangan ke atas Rihanna dan berharap orang ramai akan mempercayainya. "Saya memang menyesal dan insaf. Saya sedar perbuatan saya itu sesuatu yang serius dan sedang belajar daripada kesilapan," tambah Chris.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: