Thursday, May 14, 2009

Tiga konsep gaya hidup

Selaku sebuah jenama yang menerajui dunia kesihatan dan penjagaan badan, Philips menawarkan nikmat spa, terapi bunyi dan masakan sihat.




DUNIA teknologi kini dikejar oleh pelbagai bentuk permintaan dan penawaran gaya hidup berinovasi. Konsumer tidak lagi mahu menjalani kehidupan yang memerlukan banyak masa dan tenaga dihabiskan dengan sia-sia. Lebih-lebih lagi yang membosankan pasti bukan cita rasa semasa.

Trend kini menuju ke arah kemajuan berdaya saing dan kehidupan yang menerapkan penyatuan kesihatan dan keseronokan secara serentak. Komitmen Philips terhadap perjuangan itu boleh disaksikan sejak dahulu lagi dan lebih menyerlah baru-baru ini.

Ditubuhkan pada tahun 2008, sektor gaya hidup konsumer Philips adalah integrasi di antara bahagian Elektronik Konsumer dengan Peralatan Domestik serta Penjagaan Peribadi. Ia memfokus pada solusi gaya hidup masa depan dengan peruntukan tinggi terhadap kesejahteraan diri secara menyeluruh.

Gaya hidup sihat yang ditawarkan oleh Philips ini terdiri daripada perkhidmatan yang menggabungkan elemen-elemen rawatan sebagai satu bentuk terapi, pemakanan sihat dan keseronokan serta ketenangan dalam satu pakej lengkap.

Bagi tujuan itu, kondominium Philips yang terletak di Saujana Villa, Saujana Resort, Shah Alam mempamerkan apa yang dimahukan oleh konsumer hari ini. Di situ, taklimat dan demonstrasi ringkas mengenai tiga konsep utama gaya hidup Philips ditunjukkan kepada tetamu. Apa yang dipamerkan itu memberi satu pengalaman rejuvenasi, terapi bunyi dan masakan sihat bagi memperkayakan hidup dengan mutu dan kualiti yang tidak akan dikompromi.

"Selaku sebuah jenama yang menerajui dunia kesihatan dan penjagaan badan, Philips menawarkan nikmat pengalaman spa pada siang hari di keselesaan rumah.
EDDIE ONG (kiri) bersama pelumba Formula One, Kazuki Nakajima.


Daripada individu yang sentiasa mengejar masa sehinggalah kepada mereka yang bersikap relaks, Philips memperkasakan kehidupan seharian anda dengan peralatan ringkas dan mudah serta menjadi aspirasi yang diidamkan oleh semua," ujar Pengurus Besar, Gaya Hidup Konsumer, Philips Malaysia Sdn. Bhd., Eddie Ong.


DARI KIRI: SISTEM Audio, pembersih udara dan Infracare daripada Philips.Philips.



PHILIPS memperkenalkan intipati pencahayaan yang bersifat mesra alam.



BINGKAI foto LCD Philips.


Menyentuh elemen pertama iaitu pengalaman rejuvenasi, Philips memperkenalkan intipati pencahayaan yang bersifat mesra alam. Ia berfungsi untuk mempengaruhi mood seseorang. Seperti yang dilaporkan oleh para penyelidik, efek ini membantu menenangkan fikiran setelah penat bekerja dan berharap untuk merehatkan diri di rumah.

Pengalaman rejuvenasi daripada Philips mempromosikan tenaga badan yang dicas semula, selain mengekalkan kesihatan mental dan fizikal. Pencahayaan ini direka untuk memberi pengalaman yang berbeza. Umpamanya, layari keseronokan di bawah siling bercorak bintang pada waktu malam dan lampu berintensif tinggi pada waktu pagi.

Elemen seterusnya adalah masakan sihat yang menawarkan pemakanan bersih dengan rangkaian produk dapur Philips yang dijamin berkualiti. Nikmati dos harian minuman dan sayur-sayuran vitamin yang dikisar dengan mesin jus Philips.

Cas kembali tenaga badan dengan makanan enak menerusi dapur masak Philips yang canggih, di samping periuk nasi tekanan tinggi. Bukan sahaja nutrien bahan makanan dikedap tetapi disiapkan dengan cepat dan mudah.

Elemen terakhir adalah terapi bunyi yang menyasar pada pembentukan fizikal yang lengkap dari segi pendekatan holistik. Esen proses ini terletak pada pengubahsuaian bilik tidur kepada sebuah zon terapi bunyi yang terdiri daripada alat pemain MP3 GoGear yang memaksimumkan penggunaan bar Ambisound.

Bagi mengukuhkan lagi strategi pemasaran idea gaya hidup Philips yang sejahtera, Philips membuat pengumuman untuk memanjangkan perjanjian dengan sukan Formula One menerusi AT&T Williams. Sokongan ini adalah hasil daripada penajaan alat pencukur Philips kepada pelumba AT&T Williams sejak beberapa tahun lalu.


DARI kanan, Eddie Ong, Karzuki Nakajima, Lee Weng Seong (Ketua Pegawai Eksekutif Philips Malaysia) dan Richard Lavers (Pengurus Akaun Karzuki Nakajima).


Kerjasama terbaru ini telah diperluaskan kepada enam unit perniagaan bagi menimbulkan kesedaran dan kesetiaan pada imej jenama.

"Penggabungan strategik ini membawa kepada perkongsian nilai dan budaya syarikat yang sama. Ini kerana AT&T Williams ialah pasukan Formula One yang popular di dunia yang telah merangkul 16 gelaran Juara Dunia FIA Formula One manakala Philipsialah syarikat terunggul di peringkat global dalam bidang penjagaan kesihatan pengguna," ujar Eddie lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: