Friday, May 1, 2009

'Saya halalkan tapi tak mungkin rujuk semula'...Datuk Hashimuddin Abdul Kadir


NORISH bersama anaknya, Haqiem Armani sewaktu menunggu perbicaraan kes penceraiannya di Shah Alam pada 27 April lalu.





KUALA LUMPUR - Tidak akan rujuk semula.

Demikian pendirian bekas suami Norish Karman, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir (gambar kecil), 60, yang memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu.

Setelah bercerai pada 15 Julai tahun lalu, balliaHashimuddin yakin jodohnya dengan Norish sudah benar-benar berakhir.

"Kehidupan saya dan anak-anak juga semakin tenang kerana saya tak perlu pikul banyak dosa ekoran sikap orang lain,'' kata Hashimuddin dalam sidang akhbar di pejabatnya di Dataran Palma, Ampang, semalam.

Dia juga telah menghalalkan segala harta dan wang ringgit yang diberikan untuk membantu pelakon popular itu membina semula kehidupannya setelah perceraian mereka.

Meskipun Norish, 34, seolah-olah menidakkan segala pemberian itu, Hashimuddin mendakwa lebih tahu keadaan yang sebenarnya berlaku.

"Saya ikhlas membantunya sebab dia ibu kepada anak-anak saya. Saya halalkan apa yang saya sudah beri.

"Bagaimanapun saya tidak akan ampunkan dosa atas kecurangan yang telah dibuat sepanjang dia menjadi isteri saya, kecuali dia bertaubat nasuha,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: