![]() |
| Roslin |
![]() |
| FAIZAH |
PETALING JAYA - Status suami isteri selama 12 hari antara Muhammad Roslin Hashim, 34 dan Faizah Mohamad, 32, berakhir semalam selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan telah gugur talak 'bain sughro'.
Talak tersebut membawa maksud tidak boleh rujuk kerana tiada edah, tetapi perlu bernikah semula jika ingin hidup bersama.
Hakim Syarie, Jamil Ahmad memutuskan demikian setelah mengesahkan lafaz cerai talak satu yang dibuat Roslin pada 11 Februari lalu pukul 10.50 malam di rumah ibu bapa Faizah di Taman Puchong Perdana dekat sini.
Beliau juga berpuas hati bahawa tiada berlaku persetubuhan antara pasangan itu selepas bernikah pada 31 Januari lalu berdasarkan sumpah Roslin pada 21 April lalu.
Roslin dalam pengakuannya telah bersumpah bahawa mereka suami isteri tidak pernah melakukan persetubuhan selepas berkahwin sekali gus menafikan keterangan Faizah yang mendakwa mereka pernah bersama.
Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan Faizah tidak perlu menjalani edah dan pasangan itu juga tidak boleh rujuk semula namun sekiranya ingin kembali bersama, mereka perlu bernikah sekali lagi.
Faizah selaku plaintif mendakwa defendan melafazkan cerai terhadapnya berbunyi "Saya ceraikan Faizah Mohamad dengan talak satu"

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: