Donald Trump mengenakan selempang Miss California USA pada Carrie Prejean.NASIB ratu cantik Miss USA tempat kedua, Carrie Prejean yang diselubungi kontroversi kini terletak di tangan Donald Trump.
Trump - tuan punya penganjuran ratu cantik tersebut - akan membuat keputusan akhir selepas jelitawan berusia 21 tahun itu menjejaskan reputasinya menerusi aktiviti anti perkahwinan homoseksual, berbogel dan memperbesarkan buah dada.
Pengarah eksekutif bersama Miss California USA, Shanna Moakler berkata, pihaknya gagal menghubungi Prejean.
"Carrie bukan sahaja tidak dapat kami hubungi, bahkan oleh penajanya.
"Dia juga tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Miss California USA kerana terlibat dengan aktiviti luar," menurut sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: