
tingkat 16 sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.
AMPANG JAYA - Seorang wanita Vietnam yang baru tiga hari berada di negara ini, mati dalam keadaan mengerikan setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Jalan 2/26, Pandan Perdana di sini, awal pagi semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, wanita tanpa identiti tersebut dikatakan bertengkar dengan kakaknya sejurus pulang dari sebuah pub di sekitar Cheras bersama seorang lelaki.

Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu memasuki negara ini pada Sabtu lalu bersama kakaknya melalui ejen sebelum dia diperkenalkan kepada seorang lelaki tempatan.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran adik-beradik itu tercetus kerana mangsa tidak berpuas hati pasportnya diserahkan oleh kakaknya kepada ejen terbabit.
"Lelaki tersebut cuba meleraikan pertengkaran antara adik-beradik itu tetapi tidak berhasil lalu dia masuk ke bilik untuk tidur.
"Tidak berapa lama kemudian, dia terdengar satu bunyi kuat dan apabila keluar dari bilik, dia diberitahu bahawa mangsa terjatuh dari balkoni," katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: