| LIZ bergaya di kawasan desa untuk majalah Tatler. |
LONDON: Ia mungkin disebabkan udara bersih. Atau gemerlapan unggun api.
Bekas gadis bandar, Elizabeth Hurley atau Liz kini seolah-olah menjadi penyebar keseronokan kehidupan di desa.
Menurut aktres yang kini menjadi model, kawasan desa Inggeris adalah jauh lebih seksi berbanding bandar raya London.
Dalam temuramah dengan majalah Tatler yang menunjukkan dia bergaya di depan kediaman desanya di barat daya London, Liz, 43, menceritakan kisah kehidupannya di desa.
| |
“Saya berani bertaruh bahawa kehidupan di bandar kekurangan seks berbanding di desa kerana keadaan di desa adalah lebih seksi,” katanya.
| |
Liz yang juga mempunyai rumah di London, kini menghabiskan hampir sepenuh masanya di estet Gloucestershire yang berharga RM14.34 juta.
Dia membeli estet berkenaan pada 2003.
Liz tinggal di situ bersama suaminya, Arun Nayar, anaknya, Damian dan empat anjing labrador, dua kucing, tiga angsa, lapan ayam, 49 lembu dan 82 babi.
“Bagi saya, penduduk desa kelihatan lebih seksi.
“Contohnya, pekerja binaan yang membantu mengubahsuai kediaman saya.
“Mereka begitu tegap dan rakan saya dari London datang ke sini untuk berfoya-foya dengan mereka.
“Jika anda memikirkan London, anda lebih terbayangkan minum arak, belajar dan bersaing di sekolah. Tetapi tidak di sini,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: