
KUANTAN - Pelaku maksiat akan dibawa melawat ke rumah mayat sebagai salah satu program tarbiah yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi kesedaran kepada mereka.
Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, usaha tersebut lebih berkesan daripada mewajibkan mereka menjalani kuliah atau penerangan yang bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan.
"Kalau boleh kita hendak mereka lihat sendiri keadaan orang yang meninggal dunia dan biar mereka sedar bahawa hidup di dunia bukan untuk berseronok semata-mata, sekurang-kurangnya mereka rasa takut nak buat maksiat lagi," katanya ketika melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Dewan JAIP di sini, semalam.
Ghazali menegaskan, selain rumah mayat, mereka juga akan dibawa menziarahi pesakit kronik di hospital dan rumah orang tua bagi meningkatkan kesedaran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: