AKTRES Katie Holmes tidak mampu menyembunyikan perasaan sebaknya ketika diminta untuk menyampaikan kisah askar yang berperang di Iraq, bernama Jose Pequeno. Katie mengambil bahagian di sebuah konsert memperingati wira-wira yang terkorban di Washington D.C. minggu lepas.
Aktres yang berusia 30 tahun itu terlalu sebak dan hampir menangis ketika membawa watak adik Jose, Elizabeth, hinggakan bintang veteran Broadway Dianne Wiest terpaksa memberinya sokongan moral.
Dalam konsert yang disiarkan secara live itu, Katie dan Diana telah berpadu tenaga sekali lagi. Kali terakhir mereka dipasangkan ialah dalam All My Sons di New York tahun lepas.
Untuk memberi pengamatan yang lebih dalam penghayatannya, Katie telah memakai baju biru tua.
"Adalah penting untuk menghayati pengorbanan wira-wira yang terkorban ini. Ianya juga satu penghormatan buat saya. Saya ingin lakukan yang terbaik untuk watak Elizabeth," kata Katie.
Bagi Dianne pula, "Penghayatan Katie adalah sangat mengagumkan. Ada sesuatu yang menarik tentang penghayatan Katie. Ianya sederhana tetapi berkesan."
Penglibatan Katie dalam konsert tersebut membuat suaminya, aktor kacak Tom Cruise dan anak mereka Suri dan anak tiri Katie Connor turut kagum.
Antara selebriti lain yang turut terlibat di dalam konsert tersebut ialah Laurence Fishburne, Gary Sinise dan penyanyi American Idol Katharine McPhee.
Sementara itu, Katie and Tom sedang dalam proses untuk berpindah ke Australia selama 3 bulan bagi membolehkan Katie menyiapkan filem terbarunya, sebuah filem seram bertajuk, "Don't Be Afraid Of The Dark" di sana.
Pasangan itu sedang mencari rumah yang sesuai di Melbourne. Filem ini amat bermakna bagi Katie kerana ianya merupakan filem pertama yang memberi dia peluang sebagai bintang utama setelah dia berkahwin dengan Cruise.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: