STESEN radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti, SuriaFM akan menganjurkan kempen istimewa 'SuriaFM Senyum & Menang RM18,000 bersama Tuah dan Zizi' untuk menghargai sokongan pada para pendengarnya.
Ketua Pegawai Operasinya, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata, atas sokongan mereka, kajian terbaru AC Nielsen menunjukkan terdapat peningkatan hampir 200 ribu pendengar bagi stesen radio itu.
"Peningkatan sebanyak 30 peratus itu boleh dikira yang terbesar untuk radio Bahasa Malaysia di negara ini," katanya pada sidang akhbar, semalam.
Engku Emran berkata, kempen itu juga bertujuan untuk mempromosikan kru pagi, Tuah dan Zizi.
Mengenai cara menyertai kempen itu, jelas beliau: "Caranya cukup mudah. Orang ramai hanya perlu mengambil gambar secara kreatif bersama krew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi di destinasi terpilih menerusi siri jelajah ke seluruh negara."
Ini termasuk Melaka, Kuantan, Perak dan sekitar Lembah Kelang. Lokasi dan masa boleh didapati di www.suriafm.com.my selain hebahan SuriaFM.
Bagi yang terlepas peluang bergambar secara 'live', mereka boleh merakamkan gambar kreatif berlatarkan replika khas krew Breakfast@Suria yang diletakkan di cawangan-cawangan Mydin selain Taiping Sentral, Plaza Angsana Johor Bharu dan Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Penyertaan dihantarkan menerusi online di www.suriafm.com.my .
Pemenang utama kategori gambar paling kreatif akan memenangi wang tunai RM10,000, pemenang kedua bakal membawa pulang RM5,000 manakala hadiah harian dengan RM100 setiap hari dan berjumlah RM3,000 .
Pendengar SuriaFM berpeluang memenangi RM100 setiap hari sepanjang kempen itu yang bermula 1 Jun hingga 3 Julai ini.
SEDUTAN TEMURAMAH DENGAN KETUA PEGAWAI OPERASI SURIAFM ENGKU EMRAN (EE):
S: Apakah perancangan Suria FM?
EE: Kami baru-baru melancarkan peraduan Senyum dan Menang ini, yang memerlukan Tuah dan Zizi mengembara ke Semenanjung Malaysia untuk mempromosikan diri masing-masing.
Kami mungkin mempertimbangkan menghantar mereka ke Sabah dan Sarawak suatu hari ini.
S: Bagaimanakah anda mendefinisikan Suria FM? Dari aspek golongan sasaran dan pilihan lagu.
EE: Kami memutarkan lagu selama 40 minit tanpa henti di corong-corong radio, setiap hari. Lagu-lagu tersebut dari 80-an, 90-an dan sekarang.
Dengan itu, pendengar berpeluang mendengar lagu kegemaran mereka jika memilih mendengar Suria FM.
Lagu-lagu lama akan mengembalikan nostalgia lama. Golongan sasaran kami adalah kumpulan dalam lingkungan 20 hingga 35 tahun.
Pilihan muzik kami juga mewakili kumpulan tersebut. Adalah penting kita mendendangkan lagu yang relevan dengan pendengar.
S: Mengenai aktiviti sebegini, bolehkah kita katakan ia adalah satu cara untuk mempromosikan Suria FM?
EE: Ya, setakat ini, ini adalah aktiviti utama yang pertama yang mempromosikan kru slot pagi, Tuah dan Zizi.
Tiga bulan lalu, kami menganjurkan peraduan dipanggil 'teka suara siapa', yang dikendalikan oleh stesen radio dan tidak memfokus kepada kru pagi semata-mata.
'Senyum dan menang' mengkehendaki kru slot pagi untuk bersemuka dengan orang ramai.
S: Bagaimanakah anda melihat Suria FM pada penghujung tahun ini?
EE: Kita berharap Suria FM akan mengukuhkan lagi kehadirannya dalam lapangan ini, khususnya di kalangan pasaran Melayu.
S: Adakah anda merancang untuk menampung keperluan pendengar lain daripada pasaran sasaran lain?
EE: Tidak lagi. Kami masih memfokus kepada golongan sasaran, kumpulan pendengar berumur dalam lingkungan 20-35 tahun.
Jika tidak, ia akan menjejaskan keseluruhan konsep pengaturcaraan program kami. Jika kita mengembangkan saya terlalu lebar, kita akan kehilangan objektif utama kita.
S: Apakah yang menjadikan Suria FM berbeza daripada yang stesen radio lain?
EE: Suria FM memutarkan muzik tanpa henti - tanpa sebarang gangguan.
S: Adakah Suria FM bercadang untuk menambahkan bilangan staf?
EE: Tidak. Bagaimanapun, kami akan sentiasa mencari bakat baru daripada para pendengar atau orang ramai yang ingin bekerja di stesen radio.
Kami percaya bakat-bakat tersebut wujud, dan kita memerlukannya.
S: Adakah pihak SuriaFM bercadang untuk menjalankan lebih banyak promosi pada masa depan?
EE: Julai ini, kita akan menjalankan satu lagi pemberian hadiah wang tunai. Kali ini, bukan daripada kru pagi, tetapi keseluruhan stesen radio.
S: Adakah anda memastikan lagu-lagu anda kekal relevan?
EE: Ya, kadang-kala secara bulanan, bergantung kepada isi kandungan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: