Tuesday, May 19, 2009

Kekasih baru dalam kehidupan Cameron Diaz?

Cameron Diaz

BARU sahaja berpisah dengan kekasihnya, Paul Sculfor, aktres dari Hollywood, Cameron Diaz kelihatan keluar dengan penyanyi utama Maroon 5, Adam Levine.

Menurut laporan media, foto-foto yang diambil mengenai pasangan itu makan tengah hari di restoran Chateau Marmont pada 16 Mei membuktikan mereka berdua sedang dilamun cinta.

"Mereka benar-benar kelihatan gembira bersama-sama. Keintiman mereka tidak menggambarkan mereka baru berkenalan.

"Cameron ketawa dengan segala jenaka yang dilontarkan Adam. Mereka macam satu gandingan yang mantap. Malah, mereka berbaju sama," menurut satu sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: