PERGAULAN yang terlalu mesra, kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.
Bukan sedikit kisah-kisah sebegini dapat dilihat di depan mata. Perhubungan keluarga, suami isteri, pasangan kekasih, pengamal media dan artis juga ahli politik ada kalanya berakhir dengan perselisihan hinggakan belenggu permusuhan tidak dapat diselamatkan lagi.
Bak kata orang tua, "Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka."
Chef WanBatasan sebuah perhubungan memang tidak dapat dijangka kerana hati manusia tidak mampu kita selam.
Chef WanLebih menyedihkan bila perselisihan tidak dapat didamaikan lagi bak retak sang batu.
Nora DanishBagi mereka yang dambakan kedamaian hati memendam rasa bukan satu sifat yang mulia.
Datuk Siti NurhalizaJika kita sedar, yang hidup akan sampai jua ke penghujung nyawa, tentu saja pilihan kita adalah titik noktah satu nikmat kehidupan dengan jiwa yang tenang dan damai hati tanpa permusuhan.
Aziz SattarMungkin sebab 'perjalanan pulang' semakin hampir, kekaburan nilai persahabatan semain jelas kini. Maka hati Kakak Tua semakin rapuh bila terkenangkan permusuhan dalam industri hiburan yang tidak mampu diselamatkan lagi.
Deja MossApa saja alasan waima salah faham, fitnah, sengketa dan kadangkala kerana 'rosak bawang ditimpa jambak' dan bermacam-macam lagi, semua itu hanya mendekatkan diri kita pada sifat mazmummah (tidak baik).
Anita SarawakBila yang ditulis merupakan luahan hati, kadangkala ada yang terlebih rasa kerana ledakan emosi tanpa sekatan. Selama 24 tahun, perasaan antara profesionalisma dan sentimen peribadi silih berganti.
Datuk Jalaluddin HassanKata-kata yang dipilih boleh dan mungkin menjurus kepada berbagai interpretasi hingga merobekkan hati artis yang pernah bergelar kawan. Kala kesilapan itu dilakukan, kadang berulangkali, hanya kemaafan saja yang mampu dipohon Kakak Tua.
Betty BanafeBiarpun ramai berkata memohon maaf amat mudah dilafazkan. Mungkin sekadar sebuah kata tapi kesannya berpanjangan. Hati keras sekalipun akan menjadi lembut mendengar ucapan itu. Pandangan yang tajam akan berubah menjadi redup. Itulah hikmah sebuah kemaafan.
Sejauh mana sekalipun jauh tersasar kekhilafan yang pernah diri tua ini lakukan, tentu saja mereka yang pemaaf sifatnya, tempatnya lebih mulia.
Kakak Tua sendiri kagum dengan sifat pemaaf yang dimiliki oleh segelintir artis-artis kita seperti Chef Wan, Erra Fazira, Nora Danish, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Aziz Sattar, Deja Moss, Anita Sarawak, Datuk Jalaluddin Hassan dan Betty Banafe (sekadar memberikan contoh beberapa nama).
Sebanyak mana duka mahupun penyesalan yang pernah ditanggung oleh nama-nama ini, dek kerana kemuliaan sebuah hati, kesalahan tetap dimaafkan. Dan akhirnya barakahnya datang dalam anugerah sebuah rezeki yang melimpah ruah. Biarpun 'rembes dipalit, titik ditampung', damainya terpancar di wajah.
Senduk dan belanga lagi berlaga, inikan pula kita manusia. Wallahu'alam!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: