Wednesday, May 27, 2009

Jawablah! 'Berani dia semuka saya?'


AIR mata Waheeda pernah menitis sewaktu menjelaskan gosip yang mengatakan dia sudah berkahwin dengan Akhil.

Waheeda pinta sarang tebuan jangan dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, sesuatu yang buruk akan berlaku

DRAMA yang tercetus antara penyanyi Waheeda, pengacara dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila wanita itu mendedahkan skandal suaminya dengan Waheeda menerusi akhbar, Harian Metro, kelmarin.

Dalam laporan yang disiarkan di muka depan akhbar harian itu, Maizawati berkata Akhil pernah membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Wassini itu serta kesanggupannya menerima penyanyi itu sebagai madu walaupun sebelum ini kedua mereka sering menafikan yang mereka tidak mempunyai hubungan selain terikat soal kerja.

Ekoran kenyataan berbentuk luahan rasa itu, nama Waheeda dan Akhil kembali panas dan menjadi buruan media yang inginkan komen balas daripada mereka.Namun, usaha itu terbantut apabila kedua-duanya seperti bersepakat untuk tidak mahu mahu mengangkat telefon atau membalas SMS.

Puas berusaha, doa akhirnya dijawab tuhan apabila Waheeda sudi mengangkat panggilan sekali gus berkongsi perasaan mengenai luahan isteri Akhil serta mengulas beberapa kenyataan yang disifatkan penyanyi itu sebagai tidak benar serta mengelirukan.Tanpa ada perasaan terkilan atau kecewa, Waheeda berkata dia sabar serta redha menerima segala-galanya.

Cuma pinta gadis ini, sarang tebuan janganlah dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku dan itulah yang cuba dielakkannya demi menjaga hati banyak pihak.



Hip: Waheeda sudah baca kenyataan yang dikeluarkan isteri Akhil dan apa reaksi Waheeda mengenainya?

Waheeda:
Saya tak baca, tapi kawan saya yang bacakan untuk saya.Bagi saya, biarlah dia hendak kata apapun kerana dia sendiri yang menjadi membuka mulut untuk bercerita perkara ini kepada media.kalau diikutkan, saya sendiri sebenarnya malas hendak mengulas perkara ini kerana kalau saya nafikan pun tuduhannya, pasti orang akan anggap saya yang salah.dalam pada menafikan itu, ada juga yang mengatakan kami sudah berkahwin.Jadi lantaklah kalau dia hendak kata apa pun.

Hip: Tapi kalau Waheeda enggan memberikan sebarang komen, mungkin orang akan menganggap yang Waheeda memang menjadi penyebab keretakan rumah tangga Akhil dan Maizawati?

Waheeda:
Terpulang orang hendak kata apa pada saya. Saya tak kisah jika dikatakan perampas atau menjadi punca perceraian mereka.Lagipun saya sudah lali dengan tohmahan orang.Saya juga bersyukur kerana keluarga saya amat memahami keadaan saya dan tahu saya berada di pihak yang benar.Cuma saya harap jangan sampai kesabaran saya hilang kerana jika itu berlaku bimbang pula dia akan malu untuk keluar rumah.

Hip: Apakah yang Waheeda mahu lakukan?

Waheeda:
Saya mahu tengok sejauh mana dia berani bertindak.Saya bagi dia peluang.Tapi nanti kalau saya hilang sabar, saya akan dedahkan segala-galanya. Tunggulah.

Hip: Dalam luahannya itu, dia ada mengatakan yang dia sanggup untuk bermadu cuma Waheeda saja yang tidak boleh menerimanya.Benarkah apa yang dikatakannya itu?

Waheeda:
Itu semua tidak benar. Kalau kita baca kembali apa yang dikatakannya itu, itu semua adalah andaian dia semata-mata.Sebenarnya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan pada saya, tanyalah pada orang yang rapat dengannya.

Hip: Untuk kesekian kalinya, apakah Waheeda sudah berkahwin dengan Akhill seperti yang didakwa?Dan kalau perceraiannya sah apakah Waheeda sanggup berkahwin dengan Akhil?

Waheeda:
Saya tidak berkahwin dengannya.Tapi pada masa akan datang, saya tidak berani untuk berkata apa-apa.Soal jodoh semuanya adalah ketentuan Tuhan.Namun, pada saat sukar seperti ini, takkanlah saya hendak bertanyakan Akhil soal kahwin.Biarlah dia selesaikan dulu masalah rumah tangganya dan saya tidak mahu masuk campur dalam soal itu.

Hip: Waheeda ada tak bertanyakan pada Akhil mengenai masalah rumah tangganya itu?

Waheeda:
Tidak, kerana itu bukan urusan saya.Biarlah dia selesaikannya sendiri tanpa ada campur tangan sesiapa.

Hip: Apakah Akhil ada berbincang apa-apa dengan Waheeda di atas apa yang berlaku dan bagaimana reaksinya menghadapi situasi ini?

Waheeda:
Saya akui cukup kagum dengan cara Akhil menghadapi situasi ini.Dia juga menyuruh saya bertenang dan tidak terlalu memikirkan sangat soal itu.Saya sendiri kagum melihat ketabahannya kerana walaupun terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia masih lagi mampu bekerja.Macam sekarang ini pun dia sibuk di studio untuk merakamkan album terbaru.

Hip:Waheeda tak mahu bersemuka dengan isteri Akhil bagi meleraikan kekusutan yang berlaku?

Waheeda:
Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya.Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya.Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?

16 comments:

  1. Oh yeke wawa?aku ingat u doakan umah tangga akhil hay n maiza pulih and kembali seperti biasa...musim sukar ni xde perancangan nk menikah ye..musim2 x sukar ada lah kira nya ek..?huhu rasanya utk u x suffer lg jauhkan lah dr akhil hay..amacam ada berani? jauhi fitnah..gud lux girl..for maiza n akhil mudahan ok balik ye..sian anak2...

    ReplyDelete
  2. kau waheeda mmg sengaja nk meruntuhkn umh tangga org..bukannye kau nk simpati bila isteri akhill dedahkn,tp kau lak yg nk ugut die??kebenaran ape kau nk buktikn??kebenaran yg kau betu2 ade scnadal dgn ustaz 2??ustaz 2 pun satu bila jd cmni bkn nk lek umh.berbincang,tp leh plak coll waheeda suh bertenang sbr, da isteri die selame ni yg bersabar dgn kerenah die berdua cmne??xleh pk ke akhill.da la waheeda, jauhkn la dr ustaz 2,die kn laki org,nape xde jantan lain lagi ke yg ko tergila2 kn..

    ReplyDelete
  3. yes wawa aku rasa u better check balik apa yg dh u buat n lalui..ni ke yg u cri dlm hidup n pjuangan u dlm industri muzik?bukan kan..so keep back in the righ track..tolong kesiankan kt maiza dgn anak2 dia n suami dia tu tapis2 lah kalo dia nk goda ke ape..banyak ;g ustaz kt luar tu yg single2 n best ape..mybe ni dugaan buat u tp u mampu tepis benda ni dr lebih merebak..bukan aib pun mengaku kesalahan lepas tu bertaubat x nak ulang balik

    ReplyDelete
  4. Waheeda & Akhil dua-dua pun Hipokrit!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. dua dua dah x ley percaya lg dh....
    konon baik...tp hipokrit...

    ReplyDelete
  6. BELUM HABIS EDAH MAIZA DAH TERIMA LAMARAN UAH KAHWIN, APA CERITA KAU WAWA TUT INI, CAKAP BESAR JA TAPI TUNGGU GILIRAN KAU DITINGGALKAN OLEH USTAZ ROCK INI HEHEEHEE

    ReplyDelete
  7. mampos ko waheeda..pura kunun..akhil pn cam haram..ko xlayak gune gelaran USTAZ..ko hnye sisa buangan je..keperibadian ko hancur akhil..
    Nu'uzubillah..

    ReplyDelete
  8. alah,ckp xde hubungan ape2 konon.. tup2 xdan brape hari pas cerai,kawin terus.. ape punya manusiala.. xtahan sgtla tu..takut xdan ngn bulan puase.. pempuan xtahu malu betul

    ReplyDelete
  9. dah xde jantan lain ke waheeda wei... laki org jugak yg ko nak.. sia2 je pakai tudung..

    ReplyDelete
  10. woi waheda, x payah la perjuangkan lagu2 nasyid n ketuhanan. Perangai cam......Akhil pn sm, guna nama Islam utk kepentingan diri. Kau x layak jd ustaz.

    HIPOKRIT....Yg perempuan gatal nk....yg laki x tahan nk.....

    ReplyDelete
  11. pui...waheeda penipu..skrg dah kawin dgn Akhil Hayy..apelg nk dikata.baru sebulan dua Akhil Hayy bercerai dan pn menikah dgn waheeda..nmpk sgt gelojoh..

    ReplyDelete
  12. sblum ko ckp bnyk,fikir dulu ko tu sape? ko ade hak ke nk ugut2 maiza? maiza tu bini sah akhil,klu de gosip suami dy de skandal ngan pompuan lain,mstilah dy ade hak nk marah..ko ade hak pape ke nk ugut nk marah bini akhil tu? dasar pompuan x gune...xguna ko paki tudung klu prngai ko mcm tu....

    ReplyDelete
  13. ko yg sepatutnyer malu nk bersemuka ngan bini akhil tu....c akhil tu pun samer,name jer ustaz tp otak cetek!

    ReplyDelete
  14. to wawa..ludah yg ko ludahkan ke langit ari tu dah jatuh atas muka ko sendiri ..apa ko rasa???oren????
    cakap tak serupa bikin..sian maiza..terpaksa lalui saat2 getir membesarkan anak2..masa dia cerita kat media tu dia sah isteri ust tu..ko apa status?????ke dah kawin dah masa tu???tu la org tua2 pesan..terlajak perahu boleh undur..terlajak kata ..PADAN MUKA...huuuuuuuhuhuhu..sorry...

    ReplyDelete
  15. waheeda ko sepatutnya malu dengan diri ko sendiri..last2 kawin gak..nak cover line la tuh..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: