Sunday, May 10, 2009

Dakwaan tak betul – Bard

Benarkah SRC menafikan hak Tomok dan New Boyz dalam memberi pandangan terhadap album mereka sebelum ini?
BARD: Tak betul tuduhan tu. Nak ikutkan untuk album keenam dia orang, SRC bagi kesempatan seratus peratus untuk dia orang tentukan hala tuju konsep album mereka. Nak ikutkan cover album pun terpaksa buat shooting dua kali. Semua itu kehendak mereka dan kami ikut.

Kenapa album tak boleh jual?
Album yang hasil idea dia orang sendiri tu tak dapat diterima oleh orang luar. Radio pun tak main lagu tu. Malah pihak syarikat rakaman dah berusaha macam-macam nak naikkan album tu tapi tak jalan juga. Nak buat macam mana?

Tomok pernah datang berbincang apa-apa dengan pihak SRC?
Ada. Selalu dia datang ke pejabat cakap tak puas hati terhadap satu-satu perkara dan kami dengar pandangannya. Kami terangkan satu persatu juga setiap masalah.

Bila ada dakwaan mengatakan mereka terpaksa mengikut kehendak syarikat dan tak boleh buat keputusan sendiri. Macam mana pula tu?
Masa dia orang budak-budak dulu dia orang tak tahu langsung tentang muzik. Dia orang menyanyi, buat album semuanya syarikat yang tentukan. Malah album pertama dia orang jual lebih 100,000 unit. Itu strategi siapa kalau bukan syarikat? Malah dulu persembahan dia orang bukannya sikit. Itu semua kejayaan yang syarikat buat untuk mereka. Pada saya, dia orang tak pernah gagal masa bersama SRC.

Album tak laku adalah salah SRC ataupun Tomok dan New Boyz sendiri?
Masa album terakhir, pasaran album dah tak nak dah album yang macam tu. Mungkin nasib tak baik. Cuma yang harus Tomok ingat, segala stail dia dalam OIAM adalah cara yang telah lama diajar oleh SRC. Pada kami, kejayaan Tomok itu adalah kejayaan SRC juga. Kami bangga pencapaian dia sebenarnya dan tahniah kepada Tomok.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: