Friday, May 22, 2009

Cemburunya dia...

Baru-baru ini Mangga Muda berjumpa dengan seseorang. Dia ni bukan sesiapa sebenarnya, tapi pernah bercinta dengan seorang artis rock. Ni kisah lama sebenarnya. Mereka dah putus cinta dan membawa haluan masing-masing.

Member tu berisi sikit badan dia. Bukan baru berisi, malah sebelum ini pun dia dah berisi. Kalau nak tahu artis rock tu taste dengan yang berbadan berisi. Sedap peluk kut. Tak tahulah Mangga Muda.

Masa mereka berpisah dulu tak tahulah apa punca. Bila jumpa tu Mangga Muda tanyalah apa antara puncanya. Katanya, si artis rock tu sangat cemburu sampai dia tak boleh menyebut langsung nama artis lelaki. Sampai macam tu sekali.

Lebih dahsyat si artis rock itu pernah menangis dalam kereta sepanjang perjalanan menghantar si member tadi pulang kerana sifat cemburunya. Dia tak boleh dengar kalau ada orang sebut kononnya dia ada kenal dengan lelaki lain. lelaki yang berpangkat adik pun dia cemburu juga.

Mak oi... sampai macam tu sekali cemburunya dia. Tak sangka juga dalam mengalunkan muzik keras tu jiwanya sangat sensitif apabila masuk bab cintan ni.

Sebab itulah kawan-kawan rapat selalu mengusik dia kononnya member tadi ada orang lain. Apabila dengar tu dia akan tanya sebab nak dapat kepastian. Itulah antara sebab member tadi tak tahan. Walaupun tahu semuanya kerana sayang, tapi dia tak boleh tahan dengan sayang yang keterlaluan macam tu.

Mangga Muda: Member tu pandai memasak patutlah comel sepanjang masa. Artis rock itupun dah ada keluarga dah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: