| RANCANGAN realiti Gadis Melayu terbitan TV9 kini mencari peserta berumur antara 20 hingga 27 tahun, mempunyai perwatakan serta penampilan ceria, menarik, anggun, sopan, agresif, proaktif, pandai berdikari, berkelulusan diploma ke atas dan paling utama, mereka haruslah bijak. |
Adakah anda menepati kriteria yang dicari tetapi tidak berkeyakinan untuk tampil kerana saiz badan kurang menarik? Itu bukan masalah kerana anda juga layak menjalani sesi uji bakat yang bakal diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, pada 10 Mei ini.
Uji bakat Gadis Melayu musim kedua dianggap lebih mencabar kerana TV9 bukan saja mencari wanita bersopan santun dan lemah-lembut, tetapi juga menepati kriteria dikehendaki. Ia penting kerana tidak mahu masalah timbul setiap kali melakukan tugasan diberi, terutama apabila ia membabitkan tugasan lasak.
Tahun ini, beberapa tugasan mencabar akan diberi kepada setiap peserta menerusi sesi uji bakat berkenaan. Ia bertujuan melihat tahap kematangan dan daya tahan seseorang peserta bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Setiap peserta perlu berani dan yang penting, mereka tidak perlu ‘berlakon’ tetapi menjadi diri sendiri. Pastikan anda bersedia daripada segi mental dan fizikal sebelum mencuba nasib dalam pencarian Gadis Melayu.
Jika anda tidak berkesempatan menghadiri sesi uji bakat di Johor Bahru, pencarian Gadis Melayu musim kedua akan turut diadakan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah (16 Mei), Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor (23 Mei), Hotel River View, Kota Bharu, Kelantan (30 Mei), Hotel Primula, Kuala Terengganu (1 Jun) dan Hotel MS Garden, Kuantan, Pahang (3 Jun).
Gadis Melayu Musim Kedua diterajui oleh penerbit Shukri Hj Ibrahim dan dibantu oleh M Faizal M Jamil, Yuzri Mohd Noh, Siti Rokhaidah dan Amirul Haswendy.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang ini. Siapa tahu, anda mungkin bergelar Juara Gadis Melayu musim kedua selepas Khairul Noormaidah dari Kuantan, Pahang berjaya bergelar juara tahun lalu.
x ade yg dapat menandingi gadisku aida....aida u r da best
ReplyDelete