![]() |
| JOHN ABRAHAM bersama kekasihnya, Bipasha Basu. |
BINTANG terkenal Bollywood, John Abraham bakal membintangi sebuah produksi Hollywood, American Empire. Aktor yang pernah berlakon filem Bollywood yang meraih pencalonan Oscar, Water, itu dilaporkan sedang meneliti skrip American Empire.
American Empire bakal diarahkan oleh Andy Armstrong, yang pernah mengarah siri TV, The New Adventures of Robin Hood.
"Saya sangat teruja dengan projek filem American Empire. Sekarang ini saya sedang meneliti skrip filem itu dan mengkaji secara terperinci mengenai karakter yang bakal dilakonkan oleh saya," ujarnya.
Namun, dia bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai filem yang berkisar mengenai seorang wanita muda yang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gengster itu.
Aktor berusia 36 tahun itu juga mendedahkan filem box-office lakonannya, Dostana akan dijadikan sekuel. "Namun, saya tidak pasti lagi sama ada saya akan kembali menerusi filem itu," akuinya.
Dalam pada itu, dia juga sangat teruja dengan sebuah lagi projek filemnya yang berjudul New York. Filem itu bakal ditayangkan di pawagam menjelang Jun ini.
Menerusi filem yang turut menampilkan Katrina Kaif itu, John melakonkan babak bogel ketika berada dalam tahanan polis.
"Saya melakonkan babak bogel itu mengikut kehendak skrip, bukan untuk suka-suka," tegasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: