Friday, January 23, 2009

Yana temui cinta baru?


SAMBIL melayan pelanggan yang membeli insurans dengannya, ejen insurans yang kepoh itu sempat lagi bergosip. Setiap hari berjumpa dengan pelbagai jenis rupa manusia, jadi banyaklah cerita yang boleh dikongsi bersama.

Sebelum berjumpa pelanggan lain, ejen insurans itu sempat bercerita dengan rakan SS yang dia mengenali kekasih baru kepada pengarah filem Selamat Pagi Cinta yang juga pelakon filem Histeria, Norliana Samsudin atau Yana kerana dia juga seorang pelanggannya.

Katanya, teman lelaki baru Yana itu bekerja dengan produksi filem dan drama terkenal tanah air.

Khabarnya mereka juga sudah lama berkawan sejak Yana putus cinta dengan pelakon dan pengarah Pierre Andre dulu.

Kata rakan SS, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Tambah rakan SS lagi, teman lelaki Yana cukup menyayanginya dan merancang untuk membelikan kekasihnya itu insurans yang sama dengannya sebagai jaminan masa depan.

Yana memang bertuah kerana mendapat kekasih yang bertanggungjawab. Sebagaimana yang kita tahu, insurans cukup penting untuk persediaan masa depan jika kita ditimpa kesusahan atau terlantar di hospital.

Patutlah SS nampak Yana semakin ceria sekarang. Lakonannya dalam Histeria arahan James Lee juga memberansangkan.

Rupa-rupanya, sudah ada kekasih hati yang sentiasa memberi sokongan.

Baguslah Yana. Memang sudah sampai masanya, Yana lupakan saja kisah cintanya yang tidak kesampaian bersama Pierre dulu.



Apa yang SS harapkan, semoga hubungan itu berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: