Thursday, January 29, 2009

Kehidupan rapper terkenal Snoop Dog di 8TV

Peminat-peminat Snoop Dogs pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton sendiri kehidupan peribadi Snoop Dogg.

PERNAHKAH anda terfikir bagaimana selebriti terkenal mengimbangi kehidupan dan karier mereka supaya semuanya berjalan dengan lancar?

Jawapannya ada di Snoop Dogg’s Father Hood yang telah mula disiarkan di 8TV bermula 28 Januari (Rabu) lalu pada jam 9.30 malam.

Snoop Dogg’s Father Hood merupakan sebuah program realiti yang mempaparkan kehidupan rapper terkenal Snoop Dogg sebagai selebriti terkenal, suami dan juga bapa.

"Ini merupakan sebuah lagi rancangan hiburan untuk seisi keluarga. Jika anda tertanya-tanya bagaimana kehidupan selebriti di rumah, program ini tentunya menjadi pilihan anda!

Peminat-peminat Snoop Dogs pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton sendiri kehidupan peribadi Snoop Dogg!," ujar Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim.

Cordozar Calvin Broadus Jr. atau lebih dikenali dengan nama Snoop Dogg merupakan rapper terkenal dan kerjaya seni beliau pernah beberapa kali dicalonkan di Grammy Awards. Snoop Dogg yang terkenal kerana gaya rap yang tersendiri berkahwin dengan Shante Taylor Broadus pada tahun 1997.

Snoop Dogg's Father Hood merupakan sebuah rancangan realiti televisyen television yang mempaparkan kehidupan Snoop Dogg sekeluarga. Shante ‘Lady Boss’ (isteri), Cori (anak perempuan) yang dipanggil ‘Choc’ dan dua anak lelakinya Cordell yang digelar ‘Rook’ dan Corde yang dipanggil ‘Spank’ pastinya menarik perhatian anda.

Anda juga dapat menyaksikan bagaimana Snoop dan isteri menangani kerenah anak-anaknya yang adakalanya agak nakal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: