Thursday, January 29, 2009

Dunst, Hartnett sah bercinta


KIRSTEN DUNST dan Josh Hartnett


KIRSTEN DUNST disahkan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan Josh Hartnett. Kedua-dua pelakon itu dilihat berada dalam keadaan romantik ketika makan malam bersama di restoran Blue Ribbon Sushi di New York baru-baru ini.

Satu sumber memberitahu Contactmusic: Kirsten dan Josh saling berbisik dan tersenyum antara satu sama lain.

“Mereka berdua nampak saling tertarik dan seperti baru bercinta semula.”

Dunst dan Hartnett pernah digosip bercinta pada tahun 1999 ketika mereka berdua sama-sama berlakon filem The Virgin Suicides.

Kali pertama mereka dikaitkan kembali bercinta pada Januari tahun lepas ketika dilihat bercium sewaktu menghadiri Festival Filem Sundance.

Kemudian pada Julai tahun yang sama, mereka berdua dikesan meninggalkan sebuah kelab malam selepas berhibur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: