Thursday, January 29, 2009

Birthday istimewa

Ada orang cakap kepada Mangga Muda perihal majlis ulang tahun seorang pelakon muda yang cantik dan semakin popular. Majlisnya itu sebuah majlis tertutup. Orang yang tak berkenaan tak boleh masuk.

Khabarnya majlis itu turut dihadiri oleh buah hati gelapnya. Bukanlah cinta terlarang tapi sebab mereka tak boleh nak declare cinta itu maka Mangga Muda katalah sebagai kekasih gelap.

Majlis ulang tahun pelakon cantik tu dibuat secara tertutup. Khabarnya ia diadakan di sebuah rumah milik rakan kepada si lelaki itu. Tak ramailah yang hadir sebab mereka tak mahu majlis itu jadi bualan.

Oh! Macam tu ke? Patutlah tak banyak orang bercakap pasal hubungan pelakon itu sebab mereka tak pernah tunjuk kemesraan di hadapan orang. Ingatkan si pelakon itu bercinta sesama artis, rupa-rupanya orang lain yang lebih istimewa di hatinya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: