Thursday, January 29, 2009

Dengarnya...: Erykah Badu bakal ke Kuala Lumpur?



Erykah Badu

SELEPAS menampilkan ramai nama besar antarabangsa tahun lalu, Sunburst KL International Music Festival 2009 yang berlangsung di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian Country Club & Resort, Kuala Lumpur kembali menawarkan pelbagai persembahan menarik pada 21 Mac ini.

Cuba juga Cik Normah risik siapa artis antarabangsa yang akan muncul selepas tahun lalu nama besar seperti Incubus, John Legend, Incoginito dan beberapa nama lain menghiburkan peminat di sini.

Nampaknya mereka masih mengunci mulut. Tapi Cik Normah tidak putus asa. Cari lagi dan akhirnya Cik Normah dapat tahu kemungkinan besar Erykah Badu akan muncul pada persembahan kali ini.

Cik Normah sendiri memang sudah lama berhajat untuk menonton persembahan penyanyi soul yang pernah menjulang pelbagai trofi Anugerah Grammy itu.

Selain Erykah, Cik Normah dapat tahu kumpulan seperti Nidji, Malique D’Essentials selain Estranged, Bunkface, Hujan dan Pesawat akan turut memberikan persembahan terbaik mereka.

Persembahan yang berlangsung serentak di enam pentas selama 12 jam itu menyaksikan genre muzik seperti rock, pop, hip hop, jazz, R&B, soul dan tari bersatu pada malam bersejarah itu.

Cik Normah juga dimaklumkan diskaun 30 peratus ditawarkan untuk mereka yang menempah tiket sebelum 8 Februari ini pada harga hanya RM143. Tiket prapenjualan dijual pada harga RM203, berbanding hari persembahan iaitu RM253.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: