Thursday, January 29, 2009

Megan Fox ganti Angelina Jolie untuk watak Lara Croft

Pelakon seksi Megan Fox, yang banyak membuat tatu di badannya.

KHABAR terbaru yang menyatakan aktres seksi Hollywood Megan Fox akan menggantikan Angelina Jolie dalam filem baru Tomb Raider belum ada kesahihannya.

Sebelum ini, banyak laporan mengatakan bintang seksi Transformers itu akan menggantikan Jolie untuk watak jelitawan Lara Croft.

Berita ini didapati daripada orang dalam produksi itu sendiri. Megan, aktres yang paling banyak membuat tatu ke atas badannya adalah calon yang paling hampir dapat mengisi kekosongan Jolie.

Namun sehingga saat ini, masih belum ada sebarang pengesahan dari pihak Fox samada menerima tawaran tersebut.

Berita terbaru melaporkan Paramount sedang berura-ura untuk membuat filem ketiga bertajuk Lara Croft in 2011 dan kemungkinan besar Megan akan menggantikan Jolie.

Dalam pada itu, ramai yang tidak dapat melupakan bagaimana Megan 'melepaskan geram' di hadapan media terhadap tunangnya, pelakon Amerika Brian Austin Green kerana enggan menemaninya ke Anugerah Golden Globe yang berlangsung di Beverly Hills pada 11 januari.

Megan, yang juga penyampai anugerah pada malam itu, telah datang bersendirian menyebabkan media membuat spekulasi tentang ketidakhadiran Green.

"Dia tidak mahu datang. Dia tidak mahu menjadi teman saya. Apa nak buat, dia seorang lelaki dan dia ada ego," kata Megan kepada media.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: