Thursday, January 29, 2009

Tak senang tengok hantu katik


SEJAK filem hantu mendapat sambutan baik di pawagam atau stesen TV SS dapati ia membuka peluang luas untuk penerbitan drama. Malah ada stesen popular mewujudkan slot khas untuk program begini.

Cuma, apa yang SS rasa kurang senang mengenai gambaran hantu diketengahkan. Bukan saja hodoh tetapi ada yang 'katik.'

Memang SS tidak nafikan mungkin gambaran sebenar hantu tidak cantik, tetapi yang 'katik' itu macam mana boleh timbul. Hinggakan, ada rakan SS menghubungi bertanya pernahkah terserempak dengan hantu katik di mana-mana pada waktu malam?

Terus terang SS katakan, susah hendak beri jawapan sebab SS memang tidak pernah jumpa hantu. Apapun, mungkin itu sekadar gambaran pengarah semata-mata. Maklumlah, mengarah kerja kreatif yang bukan mudah dibuat kerana perlukan idea.

Lagipun kebelakangan ini, SS perhatikan ramai pelakon kita terutama wanita yang katik-katik. Nak dapat pelakon wanita tinggi lampai seperti Nasha Aziz atau Erra Fazira semakin payah. Apabila pelakon wanita kita serba katik, macam manalah nak menandingi pelakon seberang yang serba serbi cantik.

Justeru, SS harap janganlah cuba cari peluang untuk wujudkan benda bukan-bukan. Dalam soal ini, SS teringat filem seram Hollywood, Chucky yang sampai sekarang tidak sanggup SS tonton. Sudahlah anak patung asalnya, tapi boleh beranak-pinak pula.

Ikutkan logik, adakah hantu boleh beranak-pinak. Apapun, itulah namanya wadah hiburan. Kalau suka, tonton jika sebaliknya tukar saja ke saluran TV lain. SS percaya banyak program menarik disediakan stesen TV untuk menarik perhatian penonton. Tepuk dada, tanya selera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: