![]() |
| |
SCARLETT JOHANSSON menegaskan kejayaan yang dikecapinya hari ini disebabkan tuah.
Aktres berusia 24 tahun itu mengakui dia berasa sangat bertuah kerana memiliki bakat lakonan yang kini menjadi mata pencariannya.
"Kejayaan saya sebagai pelakon adalah disebabkan kerja keras dan peluang (lakonan) yang saya peroleh.
"Saya berasa sungguh bertuah dengan kejayaan saya hari ini kerana saya mengenali ramai individu yang berbakat tetapi tidak memperoleh peluang seperti yang saya raih."
Tambah Johannson yang bakal muncul menerusi filem He's Just Not That Into You, "Tapi saya percaya, walaupun peluang terbuka luas, tanpa kerja keras, sesuatu kejayaan itu tidak akan dicapai."

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: