![]() |
| |
BINTANG remaja, Vanessa Hudgens tidak kisah dikejar paparazi kerana dia memang bersedia menghadapi jurugambar bebas yang gemar merakam foto selebiriti terkenal seperti dirinya.
Pelakon trilogi High School Musical itu menyediakan kostum yang sesuai dipakai sebelum berhadapan dengan paparazi.
Katanya kepada Contactmusic: "Saya ada beberapa pasang baju yang dipakai ketika melakonkan watak Gabriella dalam High School Musical. Jadi saya tidak kisah kalau mereka nak merakam foto saya ketika sedang memakai kostum Gabriella. Bukankah Gabriella itu cantik orangnya?"
Dalam pada itu, Hudgens menafikan dia berselisih faham dengan teman lakonannya dalam trilogi High School Musical, Ashley Tisdale.
"Siapa cakap saya dan Ashley bergaduh? Dialah teman baik saya," tegasnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: