Monday, January 26, 2009

Tempelak soalan wartawan


SS tahu selebriti seorang ini kian popular sekarang. Di mana saja, namanya pasti menjadi sebutan, maklumlah selalu muncul mengacarakan program TV.

Namun, apa yang tidak sedapnya si selebriti khabarnya menempelak soalan seorang wartawan.

Mengikut cerita disampaikan rakan SS, sebelum bertanyakan soalan disediakan, persetujuan selebriti terbabit sudah diminta lebih dulu.

Maksudnya, kalau hendak jawab, silakan dan jika tidak mahu, abai saja. Begitupun, si selebriti akui tidak kisah menjawab.

Sudahnya menerusi sumber terdekat rakan SS itu mendapat tahu si selebriti menempelak soalan wartawan itu dengan mengatakan ia 'merepek.'

Apa lagi, naik angin rakan SS dibuatnya kerana depan cakap lain, belakang pula kutuk soalan diberikan.

Kata rakan SS, kalau rasa soalan itu tidak sesuai, janganlah jawab.

Ini bila ditanya, tidak kisah, tetapi mengutuk pula di belakang.

Macam popular sangat. Kata rakan SS lagi, ikutkan selebriti itu bukan ada cerita pun melainkan sedikit gosip dengan artis.

Mendengarkan luahan rasa panas hati rakan SS itu, apa yang dapat dikatakan itulah nasib wartawan.



Apabila diaju soalan merujuk perkembangan diri, dikatakan tidak membuat kaji selidik.



Kalau membabitkan gosip 'manja' pula, dikecam soalan remeh.

Tergelak juga SS dengan cerita rakan itu. Bukan apa, sebenarnya soalan jenis apa yang sesuai untuk artis dan selebriti yang berasakan diri mereka popular.

Bagi SS, apapun soalannya, apa yang paling penting ialah bagaimana jawapan yang diberi. Kalau soalan remeh, kalau yang menjawabnya bijak, berikanlah jawapan secara bijak.

Janganlah rasa diri pandai sangat hingga rasa soalan diajukan remeh dan tidak sudi menjawabnya.

Kalau begitulah, SS sarankan artis dan selebriti hidung tinggi macam ini buat soalan dan jawapan sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: