|
SLOT terbaru TV3, Senda Pagi menampilkan tiga program hiburan menarik iaitu Apa-Apa Aje, drama Berek dan gameshow Ewah-Ewah khusus buat penonton setia stesen berkenaan tahun ini. |
Selain memaparkan celoteh pengacara berbakat dalam program Apa-Apa Aje dan aksi lucu kehidupan dalam drama ringan Berek, penonton berpeluang memiliki hadiah istimewa ditawarkan dalam rancangan berkonsepkan 'Variety gameshow' Ewah-Ewah.
Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar berkata, selain berhibur penonton boleh mendapatkan informasi menerusi pelbagai topik semasa dibincangkan dalam program ini termasuk diselitkan isu keluarga dan rumah tangga.
"Program Ewah-Ewah diterbitkan selepas kali pertama diperkenalkan ketika siaran Aidilfitri lalu. Pencapaian dan maklum balas memberangsangkan mendorong kepada penerbitan rancangan Ewah-Ewah dengan pengisian lebih mantap untuk memenuhi kehendak penonton.
"Program Apa-Apa Aje yang sudah lima tahun bersiaran disuntik dengan nafas baru untuk membekalkan kandungan dan penyampaian yang lebih segar.
"Drama bersiri Berek pula drama ringan yang mampu menarik perhatian wanita kerana memaparkan telatah lucu isteri polis yang menjalani kehidupan di berek. Ia bukan sekadar hiburan tetapi mempunyai teladan untuk disampaikan kepada masyarakat.
"Pada masa sama, pihak kami mensasarkan program hiburan ini ditonton golongan suri rumah kerana ia disiarkan pada waktu pagi," katanya.
Nurul Aini ditemui ketika pelancaran slot Senda Pagi di Capital Studio, Sri Damansara di sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengurus, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri; Penerbit Apa-Ape Aje, Che Rozaini Ahmad; Penerbit Ewah-Ewah, Leo Rauf Makmur, Saifulizzam Mohd Lizah dan Nurhul Huda Khalid serta pengarah drama Berek, Adam Hamid.
Mengulas lanjut mengenai program Ewah-Ewah, Nurul Aini berkata, ia menampilkan gandingan mantap pengacara popular Raja Azura dan Juara Raja Lawak musim kedua, Nabil. Ewah-Ewah mula bersiaran setiap Isnin hingga, jam 11 pagi bermula 2 Februari nanti.
"Rancangan yang mencuit hati ini bakal menampilkan artis terkenal tanah air bergandingan bersama peserta terpilih melalui saringan uji bakat.
"Pelbagai permainan disediakan dalam program ini seperti permainan fizikal, kuiz menguji minda dan diselangi dengan persembahan nyanyian artis terkenal tanah air serta gimik persembahan.
"Setiap episod, tiga kumpulan terdiri dari artis dan orang awam bergabung dan bertanding antara satu sama lain. Segmen satu akan dimulakan dengan persembahan pembukaan dari artis jemputan diikuti dengan permainan pusingan 1, cabaran penonton, permainan pusingan 2, pusingan bonus dan persembahan penutup.
"Pelbagai jenis permainan dipertandingkan iaitu cabaran fizikal seperti penyepit gergasi, tiup bola, pecah belon, cabaran mental seperti permainan memori, ejaan, bina ayat dan cabaran Blue Screen di mana peserta akan meniru gaya yang ada di skrin itu," katanya.
Nurul Aini berkata, Berek yang juga drama komedi ringan sebanyak 13 episod arahan Adam Hamid pula mula bersiaran jam 11 pagi pada 29 Januari ini.
"Berek memaparkan pergolakan hidup isteri sekumpulan anggota polis yang tinggal di berek polis di kawasan kampung.
Pelbagai telatah lucu dan pengajaran diselitkan dalam drama berkonsepkan masyarakat dan kekeluargaan berkenaan," katanya.
Drama ini dibintangi Sharifah Shahira, Ani Mayuni, Hamidah Wahab, Norseha, Keifli, Roy Azman, Riezman Khuzaimi, Kaza, Anne Abdullah dan Kapten Md Nor Bon.
Sementara itu, Che Rozaini berkata, pihaknya memperkenalkan gandingan baru untuk musim baru Apa-Apa Aje, Shamsul Ghau-Ghau dan Amy Mastura untuk menggamatkan suasana pagi setiap Isnin dan Khamis jam 10 pagi.
"Pemilihan Amy sebagai pengacara bagi memberi suntikan baru sekali gus menepati konsep musim baru ini.
Sebenarnya, pihak kami juga mengadakan uji bakat membabitkan lima artis untuk mencari pengacara baru menggantikan tempat Sheila Rusly dan akhirnya, Amy yang berstatus ibu kepada dua anak ini, calon yang paling tepat.
"Penampilan pengacara baru bukan kerana pihak kami menghadapi masalah dengan Sheila sebaliknya kerana ingin memberi suntikan baru kepada Apa-Apa Aje. Sepanjang lima musim bersama program ini, Sheila juga tidak menimbulkan sebarang masalah kepada program ini dan rating program ini juga bagus mencecah purata 700,000 penonton. Kami juga mengekalkan Shamsul kerana dia masih baru dalam program ini berbanding Sheila. Apapun, Sheila mempunyai kekuatan tersendiri begitu juga Amy," katanya.
Kata Che Rozaini lagi, objektif musim baru Apa-Apa Aje untuk menarik minat lebih ramai penonton dan menggalakkan penyertaan daripada mereka. Program ini masih mengekalkan konsepnya iaitu diskusi mengenai perbezaan pendapat antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur sponstan, elemen kejutan, audio visual ceria, faktor pedas dan segmen penaja.
"Pada Isnin, program ini dimulakan dengan segmen Kickstart dikendalikan Din Beramboi dengan mengadakan aktiviti seperti aerobik dan line-dance di studio.Segmen Jamilah Jakiman Beauty (JJ Beauty) pula memaparkan beberapa tips membeli belah dan produk kecantikan terbaru di pasaran.
"Segmen AAA Panas memberi peluang kepada penonton di studio menyertai `Battle Of The Sexes' yang paling menggamatkan studio. Selain itu, Segmen Dari Dapur yang akan menyiarkan demo masakan secara langsung dan segmen Cuaca AAA dikendalikan Din Beramboi yang pasti mencuit hati," katanya.
Tambahnya lagi, pada khamis pula, Apa-Apa Aje dimulakan dengan segmen Tanya Si Kecil dimana penonton akan dihiburkan dengan celoteh adik cilik bersama Danny X Factor serta visual keletah anak-anak yang dihantar penonton di rumah.
"Seterusnya, Che AAA akan membawa penonton mengunjungi ke tempat menarik untuk membeli-belah dan bercuti. Segmen siapa hebat tentunya mengundang gelak tawa apabila peserta lelaki dan perempuan bertanding melalui permainan ringkas.
"Segmen Sana Sini juga dipaparkan pada Khamis iaitu menghebahkan majlis yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur.
"Tidak ketinggalan, Fillers yang menampilkan Din Beramboi dan Gosip JJ yang mendedahkan gosip terkini," katanya.
Bab iklan TV3 kena sensitif. Walaupun penonton pelbagai bangsa tetapi kami orang Malaysia dan utamakan bahasa Malaysia. Jadi, tak perlulah iklan tu dalam bahasa asing/kaum tertentu. Cukulah hanya iklan berbahasa Malaysia. Ini bukan soal faham atau tidak, tetapi soal jati diri bangsa negara dan perpaduan rakyat.
ReplyDeleteBab Iklan kat TV3 Time ada cerita2 yang best dan menarik, mesti Iklan die banyak.. kekadang mcm cibai gak TV3 ni.. ada masa tu sampai aku sendiri bosan nak tggu hbs iklan.. last2 layan Movie kat ASTRO x pun tido.. bab bahasa pun sama gak.. (Utamakan bahasa Malaysia.) x perlulh iklan tu dalam bahasa asing / kaum tertentu jer.. wa sokong komen lu Anonymous.
ReplyDeletehuhuhuhu..