Sunday, January 18, 2009

Tahniah Rita-Zafuan

SALAM,
Saya nak ucapkan selamat menjalani kehidupan berumah tangga kepada Rita dan Zafuan. Memang tidak dinafikan, saya pun kecewa juga fasal kontroversi dia orang baru-baru ini.

Pada pendapat saya, tidak perlulah sampai kahwin sorok-sorok. Sebab semasa gambar mereka di Genting Highlands tersebar, saya dah dapat agak yang mereka memang secocok.

Cinta itu kan buta, usia bukan penghalang. Yang sedihnya tak dapat saya nak tengok Rita dan Zafuan bersanding. Jadi, jangan kecewakan peminat lagi. Saya doakan Rita dan Zafuan dikurniakan anak-anak yang comel macam mereka juga.

Saya harap peminat dan keluarga kedua-dua belah pihak menerima dan maafkan mereka. dah nak jadi, nak buat macam mana kan. Apa-apa pun, saya tabik pada anda berdua kerana perjuangan cinta tapi janganlah hendaknya sampai mengabaikan keluarga.

Akhir kata, buktikan cinta anda berdua demi peminat ok. Jangan pernah berputus asa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: