|
|
Assalamualaikum, terlebih dahulu tahniah di atas kehadiran album baru Misha yang ketiga. Walaupun ada sedikit kecewa kerana kandungan lagu yang terdapat di dalamnya, kebanyakan lagu Misha yang lama, tapi masih layak diberi pujian kerana tiga lagu baru tersebut begitu menarik hati dan mempunyai inovasi dalam bidang penciptaan.
Saya amat berharap pada perancangan album akan datang, Misha dapat membuat album yang menampilkan lagu-lagu retro. Banyak komen positif diberikan apabila Misha menyanyikan lagu-lagu lama seperti Hati Yang Rapuh, Kerana Kau, Terasing, Di Dalam Sepi Itu dan banyak lagi.
Insya-Allah akan dilaksanakan. Tapi Misha akan buat track sahaja. Tak kan nak buat album penuh pula.
Amat sayang sekali kerana banyak pihak mempersia-siakan bakat yang ada pada Misha. Oleh itu pada tahun ini, saya berharap agar Misha lebih bijak merencanakan kerjaya seni dan mempelbagaikan setiap corak persembahan serta kreatif dalam menarik perhatian peminat.
Alhamdulillah, terima kasih. Saya akan cuba membuat yang terbaik untuk masa yang akan datang.
Maaf jika komen ini mengecilkan hati Misha tetapi sebagai peminat saya berharap agar Misha dapat mengubah perangai Misha supaya ia tidak kelihatan gedik. Kematangan yang dilihat pada seseorang artis akan membuatkan masyarakat lebih terpikat pada artis tersebut.
Terima kasih atas teguran tersebut. Tapi Misha minta supaya peminat tidak menghukum Misha dengan perkataan gedik. Selama ini Misha hanya menjadi diri sendiri. Tak pernah lagi Misha cuba untuk menjadi orang lain. Pada Misha semua ini mungkin disebabkan oleh perangai Misha yang happy go lucky atau kerana Misha suka mengusik orang lain. Jadi, mungkin semua ini akan membuatkan Misha lebih berhati-hati dalam pergaulan.
Saya berharap dengan kebaikan dan keikhlasan Misha menerima dan menjaga Adam akan dibalas dengan kurniaan rezeki dan kebahagiaan yang tiada penghujung. Amin.
- Husniya Bilqis
Warna ikut mood?
Assalamualaikum Misha. Saya amat sukakan vokal dan persembahan anda secara live. Penuh penghayatan dan punyai aura.
Apa warna kegemaran Misha dan kenapa sukakannya?
Misha tak ada warna kegemaran. Tapi selalunya Misha akan pilih warna yang asas seperti merah, biru, hitam dan putih. Tapi kadang-kadang mood Misha pun boleh mempengaruhi warna kegemaran.
Vokal artis wanita antarabangsa paling dikagumi?
Kalau masa kecil dahulu, Misha sukakan Celine Dion, Whitney Houstan dan Mariah Carey. Memang Misha membesar dengan lagu-lagu mereka. Pada Misha, vokal yang dimiliki oleh mereka memang hebat dan power.
Mana lebih suka. Ayam atau daging? Perisa coklat atau oren? Kopi atau teh?
Daging, coklat dan kopi.
- Izah
Kecewa album Misha
Assalamualaikum buat Misha yang saya kagumi, semoga sihat sokmo. Sudi kiranya jawab soalan dari saya.
Selama empat tahun menanti kelahiran album baru Misha, saya sedikit kecewa. Kenapa hanya tiga lagu baru sahaja yang diselitkan. Misha tak rasa bersalah pada peminat setia yang menunggu?
Pada Misha, pendekatan yang diambil oleh syarikat rakaman adalah berbeza dahulu dan sekarang. Sekarang syarikat rakaman mengeluarkan single terlebih dahulu. Jadi, bila single yang dah keluar dikumpulkan semula dan dijadikan satu album baru, sebab itu ramai yang rasa hanya ada tiga lagu baru sahaja. Misha tak dapat nak memuaskan hati semua orang tapi memang Misha rasa tak bersalah dalam hal ini.
Tahniah vokal Misha semakin matang, apa rahsia atau rutin yang Misha lakukan untuk jaga vokal supaya kekal gemersik?
Tak ada petua yang Misha amalkan. Cuma, Misha memang tak minum ais untuk jaga vokal. Selain itu, Misha sering buat latihan vokal di rumah sahaja. Latihan memang amat penting walaupun Misha dah berpengalaman. Kita tak boleh berpuas hati pada satu tahap sahaja.
Bila nak kahwin?
Tak ada petunjuk lagilah. Tapi kalau sudah tertulis jodoh Misha pada waktu terdekat ini, Misha akur. Tapi, memang belum ada lagi perancangan ke arah itu.
Bila agaknya peminat dapat mendengar alunan vokal Misha berpadu bersama Jaclyn Victor sekali lagi?
Memang Misha ada perancangan ke arah itu. Misha juga pernah suarakan kepada syarikat rakaman tentang perkara tersebut. Tetapi, masih belum ada kata putus lagi mengenainya. Harap semua peminat bersabar dan menunggu.
- Adie, Ipoh
Buat tak tahu tentang gosip
Helo Misha,
Terima kasih sebab Misha sudi menjawab soalan saya. Saya ada beberapa soalan untuk Misha.
Saya suka suara Misha, kadang-kadang busy sampai tak ada masa nak dengar lagu baru Misha. Apa lagu terbaru Misha sekarang?
Lagu terbaru Cinta Adam dan Hawa, Cinta Suci dan Sampai Di Sini.
Album baru Misha bila nak keluar?
Album baru dah berada dipasaran mulai 3 Disember 2008 lagi berjudul Misha Omar.
Kadang-kadang ada mulut yang pandai buat cerita, macam mana Misha tangkis semua gosip yang tak betul dan salah?
Biasanya Misha akan buat tak tahu sahaja dengan gosip-gosip tersebut. Pada Misha selagi ia tak menjejaskan periuk nasi Misha, ia tak menjadi masalah yang besar. Biarkan saja mulut-mulut jahat ini mengatakan apa yang mereka suka. Lambat laun orang akan tahu cerita benar juga.
- Leogirl 90
Jodoh kerja Tuhan
Hai Misha,
Sebagaimana yang kita tahu, Misha ada berlakon drama untuk sebuah stesen televisyen, adakah selepas ini Misha akan berlakon drama lagi?
Sekarang Misha sibuk berlakon sebuah drama. Harap semua peminat bersabar dan menunggu kemunculan Misha di kaca televisyen nanti.
Kenapa dalam album terbaru Misha hanya ada tiga buah lagu baru sahaja? Tidak takutkah peminat Misha kecewa nanti?
Bukan soal kecewa atau tidak. Tetapi dalam album tersebut memang semuanya lagu yang terbaik. Lagipun kebanyakan lagu-lagu tersebut merupakan single Misha sebelum ini. Apabila single dah keluar awal, maka ia dimasukkan balik ke dalam album baru tersebut.
Sekarang Misha dah mencecah 27 tahun, bila nak kahwin?
Macam Misha cakap di atas, semua urusan ini kerja Tuhan dan Misha masih lagi belum punya perancangan ke arah itu. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan ditangan tuhan.
Boleh bagi tip-tip untuk belajar tak?
Pada Misha, apa yang paling penting ialah fokus. Kalau kita fokus dalam sesuatu perkara, maka kita akan berjaya.
- Adymo
Mahu cuba bidang lain
Hai Misha,
Harap sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan-Nya. Saya ada beberapa soalan dan harap Misha sudi jawab.
Apa impian Misha untuk tahun ini?
Tahun 2009 ni adalah tahun untuk Misha bekerja dengan lebih keras lagi. Selain itu, Misha juga akan mempelbagaikan lagi kerjaya dalam bidang seni. Misha tak nak mengehadkan kerja hanya menyanyi semata-mata. Tapi untuk kali ini, Misha harap untuk diberi peluang menceburi cabang seni yang lain. Misha juga akan mempromosikan album terbaru dah harap ia akan mendapat sambutan daripada peminat.
Tak teringin berlakon filem lagi ke?
Teringin tu memang teringin. Tapi Misha kena tengok kesesuaian skrip dan masa kerana bidang nyanyian masih lagi menjadi keutamaan.
Bila lagi nak buat konsert?
Nak buat konsert bukan perkara yang mudah. Tapi angan-angan itu tetap ada. Tapi biarlah Misha buat persembahan terlebih dahulu. Misha akan usahakan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: