Sunday, January 18, 2009

Susah jadi Rozita Che Wan

alt

Siapa kata jadi orang cantik akan senang hidup? Ada kalanya menyusahkan apatah lagi apabila banyak sangat mata yang memandang kepada kita.

Pelakon cantik yang berstatus janda, Rozita Che Wan juga sering menjadi tumpuan apabila ke mana-mana majlis atau semasa keluar berjalan-jalan.

Gosip pun ada juga singgah kepadanya. Antaranya dikaitan dengan Datuk K. Rozita pernah menafikan gosip itu demikian juga Datuk K.

Bukan pasal Datuk K yang Mangga Mud anak cerita ni, tapi pasal orang lain. Kisahnya macam ini... Rozita hadir ke satu majlis yang memerlukan dia berjalan di karpet merah.

Kalau kena jalan di karpet merah mestilah kena pakai glamor kan, apatah lagimajlis itu ada yang membuiat liputan dan disiarkan di kaca televisyen.

Semasa berjalan itu Rozita diiringi oleh seorang lelaki mewakili sebuah perusahaan yang besar. Bukan kerana ada hubungan, tapi kerana komitmen kerja.

Yang jadi hangatnya apabila aksi mereka disiarkan di TV, ada sebuah rumah yang bergegar. Rupa-rupanya isteri lelaki tadi curiga dan cemburu.

Yalah apabila tahu Rozita masih solo agaknya wanita tadi bimbang suaminya akan tergoda dengan wanita secantik Rozita itu.

"Lelaki tadi pening kepala apabila isterinya marah-marah apabila lihat aksi mereka di kaca TV, apatah lagi sebab dia tidak dibawa oleh suaminya ke majlis itu," kata seorang kawan kepada Mangga Online.

Itulah ceritanya. Agaknya Rozita pun tak tahu aksinya berjalan di karpet merah itu mengundang hangat rumah tangga lelaki tadi.

Itulah susahnya jadi orang cantik dan belum berpunya ni. Ada sahaja yang perlu dilalui sebab orang di luar sana akan membuat tanggapan yang pelbagai kepada diri kita.

alt

Senang-senang, cepat-cepatlah kahwin wahai Rozita, barulah selesai segala gosip yang melanda diri. Rozita memang mudah menarik perhatian sebab personalitinya sendiri yang menarik dan sentiasa murah dengan senyuman.

Kalau ke mana-mana majlis, Mangga Muda sempat juga kerling kepada Rozita dan memerhatikan tingkah lakunya yang sopan dan tak lokek dengan senyuman itu.

Mangga Muda: Seronok raikan birthday Mariatul Qibtiah di banglo kompeninya di Port Dickson. Temanya pario. Tepi pantailah pulak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: