Kisah Wook Kundur, wanita tua yang bersuami muda di Terengganu menarik perhatian. Itulah yang dikatakan cinta itu buta, tak mengenal usia.
Jangan salahkan cinta buta atau apa sahaja... tapi kalau hati dah suka apa nak dikata. Terima sahajalah jodohnya.
Ia jadi hangat kerana kesediaan si lelaki menerima wanita yang lebih berusia. Kalau wanita lebih berusia dan si lelaki pula muda lazimnya wanita itu mestilah sudah berstatus janda dan si lelakinya bujang lagi.
Ada juga lelaki yang memiliki isteri yang sebaya malah lebih tua daripada ibunya sendiri.
Dalam dunia hiburan pun ada banyak lelaki muda yang sedia menjadi suami kepada artis berusia. Tak kurang juga perkahwinan sesama artis atau selebriti yang mempunyai beza umur yang jauh.
Rita Rudaini yang kini sedang hamil anak sulung hasil pernikahan secara rahsia dengan pemain bola sepak sensasi, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada bulan Februari tahun lalu. Aidil sembilan tahun lebih muda.
Mereka kini sudah sedia berjumpa pihak media memperkatakan pasal pernikahan mereka, apatah lagi Rita yang pernah menjanda selama tujuh tahun itu sudah hamil.
Abby Abadi yang hangat dengan kes cerai dengan Norman Hakim juga secara terbuka menunjukkan aksi mesra dengan pelakon baru Zulkifli. Sehingga kini itulah lelaki yang dilihat rapat dengan Abby selepas rumah tangganya dilanda badai.
Tak tahulah lagi bagaimana kesudahannya. Tunggu dan lihatlah. Norman pun semakin rapat dengan Memey Suhaiza.
Sheeda si penyanyi dangdut juga bersuami muda lagi. Sebelum ini dia pernah bersuami muda tapi hubungan mereka tak berpanjangan.
Sekarang Sheeda sedang bahagia dengan pasangan barunya Shukri Hashim yang jauh lebih muda berbanding usianya.
Aida Radzwill (dulu dikenali Aida Rahim) juga menikmati detik bahagia bersama suami yang juga jauh lebih muda, Joe Radzwill.
Joe pernah merakam album dan berlakon. Agaknya Joe memang lebih tertarik kepada wanita matang sebab sebelum berkahwin dengan Aida, dia pernah menjadi suami kepada seorang personaliti yang juga lebih tua daripada usianya.
Bulan depan satu lagi pasangan lelaki muda dan wanita berusia akan mengikat tali perkahwinan.
Siapa lagi kalau bukan pelakon muda berbakat Que Haidar dan si janda meletup Linda Jasmine.
Mereka dijadual bernikah pada 14 Februari 2009 ini. Sekarang ke mana pergi selalu nampak berdua.
Eloklah kahwin segera daripada berlaku kejadian yang tak diingini, manalah tahu kut tertangkap khalwat nanti susah pula kan.
Ada lagi artis yang memiliki suami muda. Rosnah Mat Aris juga berkawan bertahun-tahun dengan lelaki muda. Khabarnya dia dah pun bernikah dengan lelaki yang menjadi kawannya itu. Kalau betul tahniahlah Mangga Muda ucapkan kepada Rosnah atau lebih mesra dipanggil Kak Ros tu.
Bakal suami Leina Hangat juga lebih muda daripada usianya tapi jarak usia mereka tidaklah jauh sangat sebab Leina bukanlah jatuh dalam kategori artis veteran lagi dan bakal suaminya pun bukanlah remaja lagi.
Ada juga artis muda yang diintai oleh wanita kaya kat luar sana, tapi tak tahulah kesudahannya ke jenjang pelamin atau sekadar kawan. Ada juga artis lelaki muda yang menolak pemberian wanita berusia apabila berasakan wanita itu ada niat ke arah tidak baik terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: