Sunday, January 18, 2009

Suami orang lebih menarik Memey


MEMEY tiada masalah untuk berlakon di sisi Abby Abadi.


‘SAYA bukan baru keluar dari gua,” itulah pernyataan Memey merungkai persoalan di mana dia berada ketika kontroversi ditangkap khalwat dengan Norman Hakim heboh diperkatakan orang.

Katanya, dia ada di sekitar Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan seperti biasa. Dia seakan sudah lali dengan mata orang ramai yang menjelingnya kerana menjadi punca perceraian Norman dengan Abby Abadi. Apa pun persepsi mereka, Memey reda.

Semasa ditemui Isnin lalu, Memey berkata, dia menangis hanyalah pada awal hari-hari gelapnya. Kini dia sudah tidak mahu menangis. Dia juga tidak ingin melihat ibunya turut bersedih. Dalam temu bual dengan VAZZ, Memey berterus terang menceritakan perasaannya.

Kenapa Memey memilih bulan Januari untuk keluar daripada ‘persembunyian’?

Saya sedar, cepat atau lambat, saya perlu berhadapan dengan semuanya. Saya tidak letak bila tetapi saya keluar apabila saya betul-betul sudah bersedia. Saya tidak mahu melatah atau terburu-buru dalam membuat keputusan.

Sekarang saya sudah bersedia secara mental dan fizikal. Sempena tahun baru, saya fikir yang berlaku sudah berlalu. Saya mahu membina karier.

Adakah diam Memey tanda salah atau menegakkan keadilan?

Saya ada alasan yang kukuh kenapa saya berdiam diri. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan. Saya tidak mahu menjadi minyak yang mencurah api yang sedang membakar.

Siapa yang memberi semangat dan membantu dalam membuat keputusan?

Saya ambil pandangan keluarga. Ibu saya banyak memberi semangat.

Norman?

Ya, saya akui kami banyak berdiskusi bersama. Dia orang yang banyak pengalaman. Dia nampak aspek-aspek yang saya masih tidak nampak.

Kalau ikutkan hati, saya mahu keluar sewaktu nama saya hangat diperkatakan tetapi Norman minta saya berdiam diri.

Bagaimanakah Memey berhadapan dengan masyarakat? Khabarnya Memey sudah keluar bersama Norman dan keluarga untuk satu majlis perkahwinan.

Orang banyak bisik-bisik dan bersinggul-singgul sesama sendiri. Mereka berhak kata apa sahaja. Tapi tiada yang datang menyerang atau memarahi saya.

Sebenarnya keluarga kami sudah saling mengenali sejak insiden hitam itu berlaku. Keluarga sudah bertemu keluarga. Waktu kami hadir ke majlis tersebut, semua orang memerhati kami.

Apakah terma yang sesuai untuk menggambarkan hubungan Memey dengan Norman sekarang?

Apa ya? (gelak) Saya tidak mahu kata ya, tidak juga kata tidak. Terpulang kepada penilaian ramai.

Daripada anak gadis Felda menjadi gadis Kuala Lumpur dan kemudian dikenali kerana peristiwa hitam, adakah ia satu kejutan budaya?

Sedikit. Dulu saya dikenali kerana bakat saya sebagai pelakon. Sekarang orang kenal saya kerana insiden saya dengan Norman. Tidak enak dan saya juga tidak minta. Saya jadikan ini semua iktibar.

Kalau bukan Norman, lelaki bagaimana yang memikat hati Memey?

Lelaki itu harus baik, matang dan bijak mengawal situasi. Dia perlu tahu ambil hati saya dan keluarga.

Kalau diberikan watak sama seperti apa yang pernah dilalui, adakah Memey terima? Atau mungkin watak penggoda?

Mungkin saya tiada masalah. Saya lihat dari sudut profesional. Saya tidak perlu membezakan watak kerana lakonan ialah karier saya.

Kalau ditakdirkan saya berlakon dengan Norman atau Kak Abby sendiri, saya tiada masalah. Sebagai artis muda, saya perlu belajar.

Setujukah Memey kalau dikatakan suami orang dan lelaki berusia 30 tahun ke atas lebih menarik?

Ya, mungkin. Lelaki lambat matang. Apabila mereka cecah usia 30 tahun dan ke atas, mereka ada pengalaman dari segi kehidupan. Sisi charming mereka itu ada.

Adakah Memey sudah tutup pilihan terhadap lelaki lain?

Banyak lagi saya perlu fikirkan. Saya belum mahu fikir soal kahwin.

Memey percaya kepada takdir?

Ya, saya percaya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: