Sunday, January 18, 2009

Aktres beli plat nombor kereta RM50,000

BERUNTUNGNYA badan jadi orang cantik, seksi lagi popular. Mereka hanya perlu tampil di kaca TV mahupun layar perak dan sesekali menjadi penghias muka depan majalah hiburan sudah memadai memancing golongan bangsawan menjadi ‘teman tapi mesra’.


Malam Selasa lalu, sekembalinya dari pusat karaoke, Zubir lepak minum bersama beberapa teman artis di Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam kerancakan kami berborak mengenai siapa pemenang Anugerah Skrin 2008 yang berlangsung Jumaat lalu, nama aktres ini tiba-tiba jadi sebutan apabila sebuah kereta mewah berharga RM500,000 melintas di depan meja kami.

image


“Aktres ni memang semua orang tahu ke hulu ke hilir memandu kereta mewahnya. Berlakon drama, filem taklah seberapa, tapi dalam bab melaram, mengalahkan primadona! Kira-kira sebelum lalu, ada krew bagi tahu aku, dia pandu XXX (jenama kereta mewah), boleh buka bumbung beb. Dia bawa ke set kereta tu, apa lagi kembanglah hidung dia, semua orang puji kereta dia cantik.


“Tak lama selepas tu, aku dengar cerita, aktres popular tu telefon seseorang di sebuah produksi drama minta nombor telefon orang besar yang bertugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Katanya dia nak beli nombor single plate untuk kereta barunya itu. Berapa pun dia sanggup bayar sekalipun RM50,000!,” cerita salah seorang teman artis.


Bagi Zubir, apalah sangat RM50,000. Sekali ‘lentok’, keluar duit macam mesin ATM!

Bunyi macam BMW X5. Sapa ya? Korang sendiri teka-tekalah kan!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: